Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 23 Januari 2010

Gunakan telinga untuk mendengar, mata untuk melihat gerakkan tangan melakar catatan dari minda pasti cemerlang.

selepas membuat eksperimen tentang jenis2 tanah
mata pelajaran sains tahun 3 bijak ( gambar 2009)
Salam sejahtera semua.
Sebagai seorang pendidik secara normal, kita mahu mendidik semua anak murid kita sebaik-baiknya hinggalah mereka cemerlang dalam peperiksaan. Disamping itu kita mahu mereka semua berdisiplin, baik, bersopan santun dan tahu menghormati orang lain dengan tidak mengira status umur orang tertentu.
Bila teringat semua tanggungjawab itu di bahu seorang pendidik maka saya adalah antara golongan yang dituntut menunaikan tanggungjawab yang besar itu pada anak-anak bangsa kita. Pendidik adalah diminta agar memberi didikan kepada sesiapa sahaja secara adil dan saksama, tidak mengira kaum dan asal usul kanak-kanak tersebut. Saya selaku guru tahu benar itu sudah termaktub dalam AKU JANJI SEORANG GURU.
2010 sudah 3 minggu P&P dijalankan oleh warga guru di sekolah masing-masing. Saya merasakan ada kelainan sedikit caraku mengawal murid di kelas yang saya ajar. Saya lebih kepada mengajak atau membawa anak-anak murid agar lebih bersedia dan menumpukan perhatian semasa P&P dijalankan. Saya mahu semua 100% anak-anak murid saya berusaha sebaiknya menggunakan tiga deria yang saya fikir mampu dilakukan oleh semua murid saya di dalam kelas. Jika semua murid berbuat demikian saya rasa P&P saya akan terlaksana dengan jayanya.
Apakah TIGA DERIA yang saya maksudkan itu. Pastilah TELINGA, jika semua murid gunakan deria dengar ini dengan total di kelas pasti apa yang dia dengar dari gurunya murid itu akan mampu ceritakan semua apa yang guru terangkan tentang pelajaran hari itu. Deria yang kedua ialah MATA. Mata itu untuk melihat, semestinya murid dalam kelas wajib melihat guru mengajar di hadapan kelas. Bukan mata itu digunakan memandang ke luar kelas, melihat syiling dan merenung meja atau melihat kawan-kawan yang sedang menumpukan perhatian di dalam kelas. Deria yang ke tiga ialah TANGAN( jemari) yakni deria sentuh. Saya selalu menegaskan agar murid menggunakan telinga untuk mendengar dengan penuh teliti apa yang saya terangkan, sambil melihat atau memandang saya dan memerhatikan gerak geri saya mengajar di dalam kelas. Melihat dengan penuh yakin dengan penuh mengharap agar semua yang saya ajar dapat difahamkan oleh tiap murid di dalam kelas. Kenapa pula tangan ( jemari) saya letak sebagai yang ketiga perlakuan murid untuk asas ke arah cemerlang. Selepas mendengar dan melihat guru mengajar di hadapan kelas, akan ada masa atau fasa dalam P&P mengarahkan murid membuat aktiviti secara indivdu atau secara kumpulan. Nah! bukankah tangan yang ada jari jemari yang akan mencatat semua ilmu baru yang telah dipelajari hari itu. Tangan yang ada jari jemari itu akan membantu mencatat apa yang di dengar dan yang dilihat dimana apa yang didengar dan yang dilihat itu dihatar ke memori ingatan iaitu di otak murid itu. Jika bukan dilafazkan oleh mulut memori itu akan dilakar di dalam kertas dan yang menulis itu ialah tangan yang direalisasikan oleh jari jemari murid kita.
Anak-anak murid tidak kira di sekolah rendah dan menengah, jika tidak gunakan telinga dan mata dengan sebaiknya semasa P&P di dalam kelas, apabila guru mengarahkan murid-murid membuat kerja seperti menulis pastinya murid yang gagal menumpukan perhatian dengan tidak menggunakan telinga dan mata akan menghadapi masalah dan kesukaran untuk menyelesaikan tugasan yang dimandatkan oleh seorang guru di dalam kelas, sehinggakan tangan tidak akan dapat membantu murid tersebut sehingga murid itu sekali lagi diberi kefahaman oleh guru yang bertanggungjawab.
Kadangkala ada pengalaman saya, sering menegur sikap murid yang membuat nakal di dalam kelas, menganggu kawan-kawan yang membuat kerja. Ada murid sekadar memegang pensil tanpa satu huruf abjad yang di catat oleh murid ini. Ada murid secara tidak sedar berteriak di dalam kelas, entah mengapa ada keadaan seperti itu. Kini saya dapat satu kajian bahawa semua keadaan tersebut berlaku kerana anak-anak murid tersebut gagal menggunakan telinag dan mata sebaiknya semasa proses P&P guru. Guru di sekolah rendah adalah peneguh iaitu penegur kepada tiap kesilapan murid yang tidak memberi kebaikan padanya. Guru seharusnya menegur dengan kerap kesilapan dan kesalahan muri di dalam kelas, beri perhatian kepada semua murid secara adil. InsyaAllah jika murid yang bermasalah itu sering ditegur pasti apa kesalahan yang dilakukan olehnya akan dapat diubah. Saya percaya keadaan itu akan berlaku pada anak-anak yang normal.
Kepada ibubapa seperti saya, diharap dapat bantuan info dari catatan saya ini untuk disalurkan oleh anak-anak kita semua. Beri mereka teguran apabila mereka tidak menyiapkan tugasan di sekolah. Saya rasa fenomena anak-anak malas membuat kerja sekolah di dalam kelas adalah berlaku di mana-mana sekolah di pelusuk Malaysia. Tetapi harus kita ingat kanak-kanak yang malas mendengar dan malas melihat serta malas menulis akan berubah menjadi yang terbaik dan cemerlang jika kita menegur berulangkali dengan niat yang baik agar kanak-kanak itu menjadi yang terbaik. InsyaAllah.

Salam perkongsiap pendidikan dari laman etuza.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: