Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 22 Januari 2010

Bicara khatib memberi kesedaran dan keinsafan padaku. Inilah kali pertama saya mendengar nun di mimbar..

Asalamualaikum & salam sejahtera semua.
Hari ini adalah merupakan penghulu kepada semua hari. Pastinya semua orang khususnya masyarakat Islam mengetahui bahawa hari Jumaat adalah penghulu pada semua hari yang ada. Selain itu banyak fadilat dan rahmat yang kita perolehi jika kita membuat amalan pada hari Jumaat. Setidak-tidaknya kita datang ke masjid untuk tunaikan solat Jumaat yang di fardhukan WAJIB bagi lelaki muslim.
Sejak hari Isnin minggu ini saya telah mula menghantar mama( wife ) saya ke SM. Keningau untuk menjalani latihan mengajar tingkatan 2 mata pelajaran sejarah. Dia menjalani latihan mengajar selama 3 bulan kerana syarat untuk dia graduat di UMS dalam jurusan Pendidikan Sejarah dan Geografi. Apabila ke sekolah menengah ini kita akan melalui jalan ke Istitut Perguruan Keningau jika kita mengikut jalan kiri menuju ke Jabatan Penjara Keningau.
Oleh kerana hari ini hari Jumaat maka saya singgah solat Jumaat di IPGM Kampus Keningau. Saya duduk di baris belakang sekali untuk mendengar khutbah Jumaat yang pastinya akan disampaikan oleh salah seorang Pensyarah di IPGM Kampus Keningau ini.
Inilah kali pertama saya mendengar bicara khatib yang dapat membawa saya berfikir dan bermusahabah diri. Banyak hujahnya yang berguna dilemparkan kepada para jemaah Jumaat secara umum. Saya tengok khatib itu tidak menggunakan teks bacaannya. Bermakna khatib itu menghujahkan terus semua maklumat menerusi daya fikirnya. Antara lain bicara khatib yang saya dengar ialah:-
1. " Marilah datang berjemaah solat Jumaat. mari kita datang awal ke Masjid seawal-awalnya, kerana sesungguhnya kehadiran kita ke solat Jumaat dicatat oleh para Malaikat Allah. Alangkah beruntung orang-orang yang datang awal ke Masjid. Dan sesungguhnya akaun kehadiran ke solat Jumaat akan ada masa tutup akaun. Kita datang lewat maka kemungkinan nama kita tidak tercatat dalam akaun kehadiran solat Jumaat pada hari ini. Oleh yang demikian datanglah awal ke solat Jumaat"
2. " Kalau di tempat kerja, di sekolah kita harus datang seawal tepat jam 7.20 pagi maka kita harus datang seawal-awalnya ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Ini kerana jika kita lambat datang solat Jumaat akan dikhuatiri peratus pahala yang kita dapat tidak mencapai 100 %"
3. " Rebutlah peluang untuk mendapatkan tempat duduk yang pertama ( shof 1) kerana kalau pada hari ini kita dapat lihat shof pertama kelihatan tidak penuh, sedangkan shof pertama mempunyai kelebihan dan kebaikan yang amat memberi keuntungan kepada para jemaah Jumaat. Marilah berebut-rebut untuk mendapatkan tempat pertama dalam solat Jumaat dan solat jemaah. Ingat bahawa mereka yang duduk paling belakang itu berkemungkinan tidak mendapat apa-apa rahmat dan fadilat Jumaat."

Inilah kata-kata dan hujah khatib pada khutbah Jumaat DI IPGM kampus Keningau pada hari ini. Saya merasa amat bersyukur kerana dapat menghayati khutbah Jumaat yang disampaikan secara jeas oleh khatib di IPGM cawangan Keningau. Selepas mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh pensyaerah itu, saya malu pada diri sendiri, malu pada Allah dan merasakan banyak kelemahan dan kelalaian melakukan solat. PadaMu ya allah mohon ampunan dariMu dan bersihkan noda hitam di jiwa kami umat Muhammad S.A.W. amen.

Salam kesedaran.




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

erakita berkata...

Salam,

Catatan ETUZA mengenai pesan khatib jumaat itu menyentuh sanubari. Tidak pernah rasanya saya mendengar seorang khatib membuat pengisian khutbahnya seperti di atas. Ia ringkas tapi sangat signifikan. Rasanya, memang wajar khatib tu buat pesanan sedemikian kerana hal itu yang banyak dilupakan atau dilalaikan kebanyakan jemaah.

TQ ETUZA. Insyaa Allah, ada kesempatan, kita boleh usahakan pesanan seperti itu dalam kutbah2 jumaat selepas ini..

Unknown berkata...

wasalam..
Alhamdullilah erakita dah membaca, tq.Saya juga kali itulah yang pertama mendengar bicara atau ceramah khatib macam itu, rasanya tidak pernah selama ini..saya terasa berpinar dalam minda..sebab ada kala late ke Masjid time solat jumaat. Betullah sangat perlu kita awal ke rumah Allah, patut saya berlari menghadap dan pijak rumah suci..Allah yang menghitung segala amalan. Tq juga ulasan erakita.

Ustaz Abu Miftah berkata...

SubahaanaLLAH..

Itulah kelebihan Ustaz Mohd Rosli Al-Hafiiz yang jarang dimiliki oleh ustaz2 yg lain termasuk saya. Beliau dapat berbicara dari hati ke hati dengan hujjah yang jelas dan menusuk qalbu. Syukur juga, sejak beliau balik dari UIAM (Master), Masjid Al-Rahim dan IPGM semakin berseri-seri. Syukur juga kerana dapat belajar melalui beliau semasa di IPGM & sekarang ibarat rakan sedakwah pula...

Unknown berkata...

Alhamdulillah ustaz ada juga membaca catatan ringkas saya ni. Oh! rupanya ustaz kenal dia, ada blog dia kan, ada juga saya melawat laman dia. TQ ulasan