Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 2 Disember 2009

Versi Irfan berusia 11 tahun, macam-macam gaya dia buat inilah photo pilihan etuza.

Inilah robot irfan. Merah macam baju dia tu.
Ha mereka ni memang suka bergusti sesama adik beradik.
Bestlah tengok Irfan dalam gambar ni.
Kandid dari abang dia Ikmal.

Asalamualaikum semua. ( nah! hentam jalah inilah saya Irfan)

Pagi tadi Irfan siapkan satu karangan bertajuk Musim Buah-Buahan. Inilah hasil kerja dia. Kalau ada yang sudi agak-agak berapa markah dia ni? Kalau ada yang ikhlas tolong chat atau buat ulasan ya. Terima kasih.

Sekarang musim buah-buahan, banyak pokok buah-buahan sedang berbuah lebat. Dekat rumah kami ada banyak pokok buah yang sedang berbuah seperti pokok langsat, rambutan merah, rambutan hitam kulit, mangga, langsat dan pokok cempedak. Kami sekeluarga tidak boleh mengambil buah terseut sebelum masak ranum. Kami menunggu sampai buah-buahan itu agar masak dan sedap di makan.

Akhirnya buah-buahan itu masak dengan banyak.Kami bersama ayah dan emak memetik buah-buahan tersebut dengan gembira sekali. Sebelum kami bawa ke rumah kami memakan buah-buahan itu di kebun. Rasanya sedap dan kami sangat gembira menikmatinya. Saya dan adik menjual buah-buahan itu di gerai nenek. Saya dan adik sangat gembira mendapat hasil jualan buah -buahan yang banyak. Selain dari itu ada juga buah-buahan yang kami sedekahkan kepada orang kampung serta sepupu kami.

Selain itu saya ada mengikut bapa saya ke pekan Keningau untuk menjual buah-buahan seperti buah rambai. Kami menjual dengan penuh rasa gembira. Buah- buahan memberi kita vitamin yang baik. Kalau kita tidak memakan buah-buahan badan kita tidak sihat. Buah-buahan mempunyai khasiat yang cukup baik untuk badan kita. Di sekolah kami juga terdapat pokok buah-buahan. Semua murid tidak dibenarkan mengambil buah tersebut tanpa izin guru sekolah. Saya merasa sangat gembira kerana musim buah-buahan merupakan musim yang sangat seronok.

Nampak ada ayat yang masih perlu diperbaiki oleh Irfan. Tahun 2010 dia pula yang akan uduk UPSR. semoga berjaya ya Irfan. Kiuatkan usaha untuk berjaya. Pada bapa Irfan layak di beri B+ pada karangan ini. Entah layak ke atau tidak pangkat itu pada Irfan berdasarkan gaya penulisannya.

Sedikit info tentang Insan Bernama IRFAN

Etuza masih terpikat dengan kajian dan kaitan dengan tarikh & bulan kelahiran kita dalam laman Nick Irfan @ 1001 Kisah. Oleh kerana anak etuza Irfan dilahirkan dalam bulan Disember maka saya copy & paste lagi sahring info ini, kerana etuza tertarik hendak ambil disebabkan satu-satunya anak kami yang lahir pada bulan Disember ialah Mohd Irfan yang beru berusia 11 tahun.

Menurut saya, macam 80 % maklumat lahir disember ini ada kaitan dengan Irfan anak etuza yang ke empat. Kadangkala di bersikap terburu-buru atau kurang sabar. Sangat suka mainan robot, Irfan jarang merajuk berbanding abang dan 2 lagi andik lelakinya. Irfan nampak tabah kalau di marahi oleh bapanya. Irfan berbeda dengan 3 saudara lelakinya yang lain dari segi fizikal, dia tegap dan tinggi, selain itu kalau nak kenal irfan anak etuza, tengok pada telinga dia agak ikal telinganya. Kata mama saya ( ibu saya) telinga irfan jadi macam itu kerana wife saya masa mengandungkan dia suka menjahit sulam. Maybe ada kebenarannya. Muka dia panjang dan bujur, putih dan bersuara kuat. Sesuailah sebagai lelaki. Dalam bab pakaian dia tak kisah main hentam saja pakai. Ok ke tak ok dia pakai saja sekalipun ke majlis atau kenduri. Nah! itu sikap dia yang etuza tak suka. Manja dengan mama dia juga cari baju.

Tengoklah gaya Irfan anak etuza di atas. Harap dia berjay dalam akademik.

Thank's kepada NICK IRFAN @ 1001 Kisah kerana sharing info yang menarik mengenai kajian tarikh lahir kita semua. Etuza tengok 80% ada kebenarannya. Namun kita anggap itu kebetulan sedang yang menentukkan semua takdir dan masa depan kita adalah ALLAH S.W.T. Jadi jangan fakta yang kurang jelas.

DISEMBER ( bulan di mana anak etuza IRFAN di lahirkan pada 24hb Dis 1998)

Sangat setia dan pemurah

Bersifat patriotik

Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan

Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa

Bercita-cita tinggi

Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi

Seronok didampingi

Suka bercampur dgn org

Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai

Sangat jujur amanah dan bertolak ansur

Tidak pandai berpura-pura

Cepat marah

Perangai yg berubah-ubah

Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi

Benci pada kongkongan

Suka berlawak

Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

salam 1 Malaysia, see U.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

ada nama sy plak? thnkz ye encik etuza!! x sangka nama anak encik etuza sama dgn nama sy jgk? ape2pun wah! cantiklah robot irfan ni kaler merah lagi! perghh! karangan pun menarik semoga berjaya irfan!!!


P/s=wow! 80% hmm...mngkin kebetulan kot?