Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 4 Disember 2009

Toleh sejenak bayangi langkah & panjang lagikah usia kita.

Ya Allah syukur kami padaMu atas nikmat usia
yang Engkau beri hingga hari ini.
Pada raut wajah kita nampak ilusi masa
memberitahu tanpa membohongi kita
tentang usia kita. Ya Allah syukur etuza
panjatkan kerana kesihatan & anugerah
usia keceriaan yang Engkau berikan
hingga hari ini. Ameen.
Asalamualikum & salam sejahtera kepada semua.

Kalau usia diibaratkan sebatang lilin yang sedang menyala, bermakna usia kita sentiasa berkurangan. Kalau seinci lilin nisbahnya setahun usia, bermakna telah setahun usia kita terguna. Kalaulah usia kita ditakdirkan 50 tahun, pada tahun lalu usia kita ialah 40 tahun, bermakna pada tahun ini kita hanya ada 9 tahun sahaja lagi untuk hidup.

Panjangkah lagi usia kita?
Bagi orang yang tidak melihat hidup sebagai kembara menuju penyudah, masa yang berlalu tidak terasa apa-apa. Seolah-olah tahun baru yang akan menjelma ini tidak menyumbang apa-apa pada kependekan usia. Berbeza orang yang sentiasa menilai saat, jam, hari, minggu, bulan dan tahun, setiap detik yang berlalu amat diperhatikannya.

Masa adalah usia, nilai usia melebihi nilai emas. Sesungguhnya Allah berfirman"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian"
Mari kita bersama-sama musahabah diri tentang masa dan usia. Tanya diri apakah aku diperlukan oleh orang sekelilingku, ibu, bapa, adik beradik, jiran tetangga, rakan sepejabat, masyarakat, negara, dunia, Nabi dan Allah Robullamin. Lalu kita semaklah semua yang melibatkan masa dan usia itu:-

Jam
1. Apa yang sudah aku lakukan sejam lepas?
2. Berapa banyak dosa/pahala telah aku kumpul.
3. Apakah aku puas hati?

Hari
1. Apa yang akan aku buat besok hari?
2. Apakah sumbangannya untuk kesihatan diri, mental,penghormatan manusia, dan kedudukan aku di sisi TUHAN?
3. Apakah besok masih ada untuk ku?

Minggu
1. Seminggu telah berlalu, apa yang telah aku lakukan untuk kecemerlangan pekerjaanku?
2. Seminggu akan datang, apa pula yang boleh aku lakukan untuk kecemerlangan hidupku?
3. Apakah seminggu itu masih ada bagiku?

Bulan
1. Gaji yang aku perolehi apakah melebihi darip[ada yang sepatutnya aku terima ataukah mereka ( majikan) berhutang pada aku?
2. Ke manakah wang ini akan aku salurkan?
3. Apakah sebulan itu masih ada bagiku?

Tahun
1. Berapa usiaku kini, apakah jika aku mati ke Syurga perginya atau ke Neraka sudahnya?
2. Apa yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini atau tahun lalu dan apakah yang akan aku lakukan tahun yang mendatang?
3. Apakah tahun depan masih ada untukku?

Artikal ini etuza cedok dari majalah keluarga yang merupakan majalah kegemaran etuza family selain majalah wanita dan berita harian. Dulu masa anak-anak masih kecil etuza gemar membeli majalah Pa&Ma. Kini semakin remaja anak-anak, so kenalah membeli majalah yang lebih sesuai untuk pendidikan anak-anak.

Andainya kita mengambil kisah untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas, kita akan dapati setahun yang telah kita gunakan benar-benar memberi manfaat kepada kita, untuk dunia kita dan akhirat kita.
Musahabahlah diri kita sebelum kita dimusahabah di hadapanALLAH. Peluang untuk memperbaiki diri sentiasa terbuka selagi usia kita masih berbaki. Setahun yang kita tinggalkan harus lebih baik daripada setahun yang terdahulu. Setahun yang bakal kita tempoh harus lebih baik daripada setahun yang telah kita tinggalkan. Sesungguhnya kalau kita bijak pilihan sentiasa terletak di tangan kita sendiri.

Salam perkongsian yang menarik tentang ilusi masa dan usia oleh etuza.

Salam ukhuwa 1 Malaysia & see U.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

ALoNa CintamaniszLite berkata...

hmm..tu ler. sy sgt sedeh bila ada org segan nak bgtau umur dia, tahun kelahiran dia..sebab segan usia dh meningkat.
bg sy...usia adalah satu anugerah tak ternilai. selagi kita bernafas, selagi kita memohon dari Allah agar dipanjangkan usia...selagi tu laa kita perlu mengira usia.

psst; jgn risau...etuza tetap nampak mantap walaupun usia dh meningkat dari hari ke hari, hehe

note; sy tak penah bekerja di ranau mahupun kat malaysia timur pun. Cuma tahun lepas sy makan angin ke Kota Kinabalu sj. Adik sy mengajar kat Lawas, Sarawak. Jadi, kitorang perlu turun flight kat airport KK. Tu yg leh gi sampai Kinabalu park, KK, Pulau Manukan dan melalui Beaufort dan sebagainya on the way nak ke Lawas ikut jalan darat, hehe...Pengalaman yg sangat berharga bg kitorang sekeluarga.