Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 5 Disember 2009

Ku pohon kemaafan kepada HH & semua sahabat blog etuza .Kita hidup dalam 1 bumbung Negara Malaysia dan sama taraf di sisi Tuhan.






Asalamualaikum & salam sejahtera semua.

Salam ku hulur seikhlas hati terutamanya kepada yang cukup saya sanjung dan saya hormati iaitu sahabat blog yang baru etuza kenali (HH)

Secara ringkas saya berkecimpung dalam dunia blogger sekitar bulan ogos 2009 yang lalu. Inipun setelah saya dapat membeli line internet menggunakan jenama Huawei Broadband. Lalu ada seorang rakan setugas yang memperkenalkan lamannya kepadaku. Selain lamannya laman tempat saya bekerja juga turut menarik perhatianku.
Selepas etuza perolehi asas membina blog, etuza meneroka internet mencari sendiri bagaimana blog para sahabat yang terdahulu membina blog dengan begitu indah sekali. Etuza terpegun melihat laman mereka teramat menarik terutama catatan dan maklumat ilmu yang memberi kesedaran dan keinsafan. Pun demikian terdapat juga laman blog yang berbaur mengkritik orang lain. Pada etuza itu normal sebagai manusia yang ada sahaja perasaan tidak puas hati. Maka blog inilah saluran yang mereka rasa dapat meleraikan apa yang terbuku di hati.
Nah! hasil pencarian kod dan tamplet rumah laman blogku maka terbinalah EtuzaWarna-WarnaKehidupan, ya memang nampak serabut dan kurang ilimiah blog etuza. Namun inilah caraku dan inilah daya kreatif yang sedikit ada pada etuza sebagai salah seorang penggiat blogger kini.
Niat etuza cuma sekadar menyimpan semua ( kalau dapat) memori indah yang realiti etuza lalui dalam kehidupan ini. Etuza sejak dulu memang suka menulis, dengan adanya peluang keemasan ini maka etuza sedaya upaya membuat catatan dan maklumat sama ada dari saya sendiri atau berkongsi dari laman blog, majalah, dari berita sesuatu yang saya rasakan penting dan sesuai di masukkan ke dalam blog etuzaWarna.Saya terfikir, untuk sebulan saja RM 68.00 saya bayar line internet ini, kerana itu AMAT wajar saya memanfaatkan line internet yang berbayar ini dengan membina blog peribadi tetapi saya dedahkan kepada umum untuk dikongsi bersama. Dengan harapan agar ada ilmu dalam laman etuzaWarna ini, sekaligus memberi impak berbentuk kesedaran kepada umum di luar sana.
Secara ringkas etuzWarna adalah untuk:
1. Etuza hadiahkan kepada generasiku( anak-anak kami)
2. Etuza jadikan sebagai dairi & catatan harian khusus yang amat penting.
3. Perkongsian ilmu, tempat simpan maklumat & rujukan.
4. Tempat etuza membaca berbagai info yang berguna khusus berkaitan dengan kerjaya etuza.
5. Etuza jadikan seolah album kenangan yang cukup indah.
6. Tempat etuza & anak2 belajar dan mempelajari bidang teknologi.
7. Tempat etuza mencari kawan atau sahabat blog.( of course)
8. Tempat etuza santai membuang rasa tension, tempat merelekkan fikiran.

Hari ini genap 4 bulan etuza mencatat dan berkawan dengan ramai ahli blogger, baik di daerahku, dalam negeriku, di Malaysia mahupun di negara luar. Tidak terkira rasa gembira apabila ada orang sudi membaca catatan etuza itu. Saya memanjatkan kesyukuran kepada yang esa atas penghargaan itu. Teman blog ku, pada hari ini juga ada insan lain yang begitu telus ingin merapatkan persahabatan dengan etuza blog. Saya dapat rasakan keikhlasnya itu. Memang saya terima dan kini menganggap semua ahli blogger itu teman dan sahabatku. Cuma ada orang yang begitu perihatin, seolah mempercayai diriku, menghormatiku dan hasrat mendalam niatnya ingin lebih merapatkan persahabatan.

Dalam hal ini saya positif, malah sedikitpun perasangka tidak terlintas di jiwa etuza. Saya manusia biasa, apa pun pangkat kita, darjat kita, kaya atau miskin, apa anutan agama kita, kita semua adalah sama sahaja di SISI ALLAH. Percayalah bahawa untuk berkawan saya tidak memilih, saya akur bahawa merendahkan orang lain adalah perbuatan DOSA. Maka siapapun orang itu saya anggap sama seperti saya yang lemah dan tidak sempurna ada kelemahan dan kekurangan diri.

HH inilah kata hati etuzaWarna, biarlah persahabatan kita seperti persahabatan saya yang lain seperti saudara ALIMAZ KEMBARA TERASING, KAMSIAH DETIK INDAH DALAM HIDUPKU, AHADIN ERAKITA, USTAZ SALLEHUDDIN, MUSTAFA ED4U dan ramai lagi yang selalu sembang dengan etuza, memberi ulasan dan komen apa-apa dalam entri baru blog etuzaWarna.

HH! sepertinya anda akan salah anggap pada etuza selepas membaca catatan saya ini yang berkisar antara aku, dunia blogger dan ada kaitan dengan anda. Hanya satu maksudku iaitu biarlah persahabtan kita itu hanya pada tahap yang biasa, bersembang bertegur sapa, kunjung mengunjngi blog dan sesekali mungkin kita bertukar idea.Namun begitu secara ringkas saya menganggap HH adalah sahabat blog yang paling istemewa yang saya temui di alam maya.

Suatu masa kesibukan akan melanda kita semua, pasti ada masa dunia maya ini kita akan terlupa sejenak. Sedang masa itu ada orang jauh mengharap catatan baru kita. Itu semua kita sedia maklum. Kemungkinan juga garis pemisah pada persahabatan kita semua di alam blog ialah apabila PC kita rosak akibat virus dan kerosakan yang tidak terduga. Disinilah titik berakhir persahabatan kita semua kecuali kita ada bertukar no handphone. Bagaimanapun pada etuza persahabatan yang terjalin indah di alam maya( blogger) adalah sebuah anugerah yang memberi warna kegembiraan pada hidupku. Apapun yang terjadi, etuza tidak akan lupa, sentiasa berdoa agar orang-orang yang pernah menghargai etuza akan sentiasa tenang dan sihat serta dilindungi oleh Allah walau di mana dia berada. Untuk itu, tiada kata perpisahan bagi etuza sekalipun mungkin kita tidak lagi berkunjung ke blog dan sembang di dalam ruang chating di laman blog.

Oleh yang demikian, saya menasihati diri saya sendiri, agar bersahabatlah kita mengikut kemampuan kita. Kita tidak payahlah mengharap persahabatan itu terjalin sehingga ke tahap yang sukar kita capai. Persahabatan dengan hanya saling mengutus bicara dan bertukar idea, pada awalnya barangkali indah terasa, tetapi saya sendiri membimbangi saya akan melakukan ketidak jujuran pada sahabat itu. Bermakna secara langsung etuza menyakiti hatinya. Untuk mengelak itu biarlah kita bersahabat seperti biasa sahaja agar kita tidak merasa diberatkan serta anda tidak juga merasa berat.

Akhir sekali, minta ampun dan maaf atas catatan ini, ianya terbuka agar kita semua memikirkan apa yang terbaik untuk kita lakukan dalam menjalinkan sebuah persahabatan.

Satu perkongsian ikhlas dari etuza. Saya pernah ada sahabat sesama ( lelaki), saya ikhlas bersahabat dengannya dengan tujuan sebagai mengeratkan siraturahim sesama manusia. Masa itu etuza sudah punya 6 zuriat. Saya anggap sahabat saya itu, bagaikan anak sendiri kerana umurnya muda dariku atau sebagai adik yang begitu istemewa. Ada kala wang ringgit saya tak kisah asal saya dapat menolongnya dalam kesusahan. Tetapi alangkah sedih dan kecewa etuza apabila dia yang saya anggap sahabat itu akhirnya tidak lagi memandang keluargaku, diriku, isteriku dan anak-anakku. Malah etuza di timpa kesusahan kerana selepas menjadi penjamin dia membeli kereta, etuza pula yang kena saman apabila kereta yang dia guna itu telah dirampas dan dilelong oleh pihak Bank. Disinilah saya trouma, alhamdulillah baru juga saya selesai bayar hutang orang itu di Bank. Bayangkan perasaan etuza yang bertindak jujur & ikhlas tetapi akhirnya etuza juga yang tertipu.

Salam 1 Malaysia, see U.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

tugarang berkata...

assalamualikum etuza..

Mcm merajuk saja tu...hehehe. Inda apa bah tu etuza, ikhlas kan hati saja sedekah sama tu kawan yg satu tu...

Unknown berkata...

wasalamualikum wahai temanku Tugarang. Wooi nowian ko nagaran kio. Nga sedap mau sebut bah ni nama kamu.
Hehe! saya trouma bah.Tapi kami dah redha, semua itu mematangkan etuza. Kerana itu kita perlu berhati-hati. Semua blogger adalah sahabat ku, termasuk Tugarang, anda sudah mewarnakan laman etuza ini. Apapun kita berkomunikasi secara bisu pada tenda ini, orang-orang blogger ramai yang saya tak kenal. Terima kasih kerana Tugarang buat catatan dalam etuza blog. Moga apa yang Tugarang baca itu ada manfaatnya. Memang tinggi keinginan tiap orang nak bersahabat, cuma mampukah kita mencari sahabat yang terbaik yang kekal, rasanya susah. Sayapun rasanya x janji dapat beri kejujuran 100% pada sahabat itu. Maka itu etuza cuba tidak akrab. Oh ya sahabat saya adalah isteriku, anak-anakku dan ibubapaku. Yang lain kita hanya sekadar sahabat biasa dan saudara sesama manusia atau saudara sesama Islam.

salam Tugarang, bye. See U. Emm! thank' a lot.