Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 5 Disember 2009

Tazkirah pilihan etuza, Kenapa Ikan Tidak Berlidah.

Asalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca tazkirah my dad ini bagus untuk santapan rohani, sila baca dan kita jauhi sifat buruk mengumpat kawan kita sendiri. InsyaAllah hidup kita aman!

Pagi ini cuaca di daerahku, hujan renyai pada awal pagi ini, sekitar jam 7.45 minit pagi ini hujan renyai masih belum berhenti walaupun cuaca semakin cerah. Keadaan cuaca hujan pastinya akan menghalang para petani meneruskan kegiatan hariannya bertani.
Terasa ingin sekali etuza kongsikan satu tazkirah atau maklumat yang sangat penting untuk keluargaku, anak-anakku juga diriku sendiri sebagai peringatan pada kami agar lebih berhati-hati. Begitupun tazkirah ini juga istemewa buat sahabat blog dan para pembaca umum yang di hormati sekalian. Etuza bukan orang yang tinggi ilmu agama, tetapi dengan membaca buku Islamiah yang ada maka etuza dapat mengetahui berbagai ilmu pengetahuan yang mampu mengisi kekosongan jiwa dan membersihkan sifat takbur dan sombong dalam diri kita, atau ilmu yang memberi kita nilai kesedaran yang tinggi.

Tazkirah ini berbunyi begini:-

Rasulullah s. a.w bersabda, "Sejahat-jahat manusia pada hari qiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa bermuka dua di dunia maka di hari qiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahanam"
Sabda Rasulullah lagi, " Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita." Bila ditanya apakah hikmahnya, baginda menjawab, " Sesungguhnya Allah s.w t. telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata."

Salah seorang sahabat pun bertanya, "Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w,"Setelah Allah selesai menciptakan Adam a. s. maka diperintahkan sekalian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.
Iblispun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, " Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan." Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu iapun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.

Pengajaran nilai di sini ialah, kita sebagai manusia biasa adalah ditegah untuk menumpat keji orang lain, baik yang dekat dengan kita atau yang jauh. Perbuatan memburukkan orang lain juga adalah perkara yang mendatangkan dosa dan kemarahan Allah. Semoga tazkirah ini memberi keinsafan pada diri etuza, semua anak-anak dan kepada kita semua agar tidak sekali-kali memperkatakan keburukan orang lain sedang diri kita juga ada keburukan yang kita tidak nampak.

Semoga ada manfaat salam 1 Malaysia see U.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

tazkirah yg bagus...
saya sellau pesankan opd diri sendiri
serta anak2..
dosa kita terhadap ALLAH
kita boleh minta ampun dgnNya
namun dosa sesama manusia
ALLAH tidak akan ampunkan selagi org yg kita sakiti hatinya tu tak maafkan kita...

dan lagi satu
jgn nanti kita muflis disana
dek kerana suka mengata/mengumpat org lain
yg diumpat dapat pahala,yg mengumpat dapat dosa
dan jika pahala kita telah 'habis dipindahkan' padanya
dosa2nya pulak dipindahkan pada kita...

Unknown berkata...

Salam buat teman blogku Kam's.
Terima kasih anda selalu menyokong. Alhamdullah jika kita semua sudah membaca catatan ini. catatan ini untuk ku memberitahu anak-anak ku, tadi mereka semua juga dah baca. oh ya, copy sahaja ya..semoga bermanfaat.

jumpa lagi.