Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 5 Disember 2009

Melawat ke gerai mama ( ibu kandung etuza di desa ulu) Semoga ibubapa saya dimurahkan rezeki & diampukan dosa mereka.






Asalamualikum & salam sejahtera.

Hari raya aidil adha sudah berlalu, solat sunat hari raya haji kita telah tunaikan. Amalan korban juga sesetengah yang mampu sudah juga ditunaikan. Memakan daging korban juga sudah dihabiskan mungkin hari ini, pada keluarga yang mendapat banyak sedekah daging korban.

Masa tunaikan solah hari raya haji, etuza dan anak-anak balik ke rumah ibubapaku. Sempatlah anak-anak ku bergambar bersama uncle Ramian dan bergambar bersama ibuku yang sedang menjaga gerai jualannya. Gerai jualannya kecil sahaja dan pelbagai barangan yang ada, inilah sumber pendapatan ibubapa saya selain menerima sedikit wang saku daripada anak-anak mereka termasuk etuza. Ibu sayalah yang menggelarkan saya ETU satu panggilan manja katanya, masa itu etuza saja anak lelaki mereka seramai 5 orang. Namun akhirnya ibuku melahirkan anak lelaki keduanya maka jadilah dalam kami adik beradik 6 perempuan dan 2 lelaki. Yang anehnya aku sahaja ada gelaran manakala saudara pupuku yang lain tidak ada. hingga sekarang orang kampung kebanyakan memanggil saya etu terutama yang sebaya ibuku.
Genarasi muda di desa sekarang ini memanggil etuza "CIKGU" satu panggilan keramat yang sangat sesuai dengan kerjaya etuza seorang pendidik bangsa genarasi pemangkin negara Malaysia yang tercinta.

Oklah kita tengoklah jualan ibu saya, gambar baru dia dan gambar kenangan anak-anak saya yang lelaki sahaja. Anak-anak perempuan etuza tak ikut balik kampung di rumah ibuku. Kepada saudara ku di Sandakan, Tamparuli Sabah dan di Tambunan inilah gerai jualan ibuku di desa. Harap tertunailah hasrat hati adik saya yang mahu agar gambar ibu kami yang terbaru dimuat turun dalam blog etuza, mereka semuanya berada di Lingkudau Pekan Keningau iaitu adik Zainab dan suami serta anak-anak mengubat rindu dengan ibu tersayang.

Salam 1 Malaysia See U.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: