Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 2 Disember 2009

Etuza ke dapur memasak & Penatnya bila isteri tiada di rumah












Salam ceria semua.
sejak ahad lalu, isteri saya ke UMS Kota Kinabalu untuk menduduki exam sem 2 2009. Mama sebagai pelajar out campus yang dijangka akan graduat pada tahun 2010. Bila mama tiada di rumah hai macam-macam kerja saya harus buat. Anak-anak perempuan kami juga rajin membuat kerja-kerja rumah.
Bila etuza ke dapur memasak untuk anak-anak, adalah yang nampak ganjil masakan saya tu. Kalau tak percaya tengoklah gambar-gambar masakan original etuza. Entah2 ada yang nampak tak berselera makan bila nampak gambar masakan saya tu hehe!. Saja nak kongsikan gambar masakan etuza ya.

Masakan etuza(Bila lelaki ini memasak! hehe! )
Percaya atau tidak, time bujang dulu rajin juga memasak, hemm! bila dah kahwin dengan mama adui! jarang benar etuza memasak, mamapun isteri yang suka memasak sedap2 untuk etuza & anak-anak. Hemm sekarang ni adui kena juga turun padang memasak, Ha tengoklah masakan saya tu apa. Bukan apa parah bro! kalau tiada isteri di rumah, nak tak nak wajib turun ke dapur kita untuk MEMASAK. Inilah yang tersirat nak bagitau para lelaki yang bergelar suami, hargailah isteri anda yakni WANITA.

1. Sayur terung tumis ikan sardin
2. Mee goreng untk sarapan pagi.
3. Ikan ala-ala stem
4. Nurget goreng( bulat2 celur ke dalam minyak hehe!)
5. Daging tumis dengan timun( alala sesuai ke tu/ emm ini daging korban orang kami dapat)
6. Kacang tumis dengan udang dan ikan bilis kopek manis
7. Daging ayam masak kicap dengan kentang
8. Nasi campur saiz etuza( woi banyaknya makan, ada daging pula tu!)
9. Mee goreng saiz etuza, lengkap dengan perasa lada padi. Tak sedap kalau x ada lada bro!

Ok bye. Salam 1 Malaysia See U.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

hai...ewah ewah..kalah org pompuan la..terer u masak...

ALoNa CintamaniszLite berkata...

mmg nampak sedap gambar2 masakan etuza tu. bagus ler..jadi suami mithali ni tak semestinya tak turun ke dapur tolong isteri, kan??