Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 9 Disember 2009

Tahniah pada mama tersayang sejauh ini perjalananmu mengharung cabaran sebagai PLUMS

Tahniah untukmu mama tersayang
semoga berjaya menggengam segulung
ijazah.
Mama gembira sekembalinya dari UMS
selepas exam semester 2 2009

Asalamualaikum & Salam sejahtera semua.

Sunyi malam ini di rumah etuza di kejauhan nun di Pedalaman Sabah. Memang beginilah suasana kala malam menjelang apabila semua ahli keluargaku nyenyak tidur. Sunyi dari hiruk pikuk kota yang membinggitkan telinga. Kerana suasana sunyi inilah tergerak hatiku untuk membuat catatan lagi yang terbaru dalam laman etuza ini. Rasanya saya hendak buat catatan istemewa buat mama tersayang, saya selaku suaminya wajar memberi kekuatan padanya, menyokong dan menggalakkan agar mama terus perjuangkan jalan yang dia pilih ini.

Mama yang saya gelar itu adalah isteriku. Pendamping hidupku dan insan yang diantara paling saya sayang atau dengan kata lain emak kepada anak-anak kami semua. Saya membanggai dirinya atas kekuatan semangatnya untuk menyambung belajar di peringkat Universiti iaitu bertempat di UMS Kota Kinabalu Sabah sejak 2006 hingga kini. Mama sambung belajar sebagai PLUMS ( Pelajar Luar Kampus UMS = 2006 - 2010)

Keningau ke UMS KK sememangnya jauh yang jaraknya hingga 119 km. Tetapi kalau dihitung jauhnya yang sebenar hingga sampai di UMS pusat agak lebih kurang 145 km pada perkiraan etuza. Pelajar luar kampus statusnya sama 100% dengan title pelajar sepenuh masa di mana-mana Universiti. Pelajar luar kampus akan menghabiskan jadual kuliah dalam tempoh seminggu pada pelajar sepenuh masa pada dua hari hujung minggu iaitu sabtu & ahad yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Hujung minggu pada setiap minggu dunia mama adalah di UMS bersama kawan-kawannya. Mama selalu menyebut dan saling berhubung melalui phone orang-orang seperti Hasmah di Tudan Baru Keningau, Nurisah di Tamparuli Sabah, Isna di Keningau, Jamilah di Keningau, Sulnilza di Ranau, Dayang Rabayah di Tuaran dan lain -lain lagi rakan PLUMS sealiran mama di UMS KK.

Mama tersayang inilah kekagumanku padamu syabas dan tahniah! yang setinggi-tinggnya kerana kekuatan semangatmu berjuang untuk belajar ke peringkat menara gading. Mama mengambil jurusan Sarjana Muda Pendidikn dengan Kepujian bahagian sains sosial Sejarah dan Geografi. Mama memberitahu saya pada kelmarin 7hb Dis 2009 sekembali dari UMS KK mama akan latihan mengajar mata pelajaran sejarah dan geografi di SK. Menengah Kebangsaan Keningau pada awal januari tahun depan. Rasanya cabaran sebagai guru sekolah menengah kuat cabarannya. Saya doakan mama akan berjaya menempuhi halangan seterusnya sebagai pelajar PLUMS.InsyaAllah saya akan terus berdiri selagi ada daya dan nywa untuk menyokong perjuangan mama ini, sekurang-kurangnya mama memberi contoh teladan yang terbaik untuk anak-anak kami.

Mengapa susah ke pelajar PLUMS tu?

Sudah pasti cabarannya kuat. Berapa ramai kawan-kawan guru yang tidak sanggup meneruskan kuliah mereka sebagai PLUMS. Ada yang setengah jalan atau separuh jalan belajar tiba-tiba menangguhkan kuliah dengan berhenti. Memang jelas sekali cabaran jika PLUMS itu seorang wanita yang bergelar guru, emak kepada anak-anak kecil dan juga seorang isteri. Mama sudah membuktikan pada saya, pada semua keluarga bahawa mama memang boleh berjaya dalam apa sahaja jika adanya kesungguhan dan usaha yang berterusan. Saya doakan juga mama terus tabah . Banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan apabila bergelar PLUMS antara lainnya:-

1. Meninggalkan anak-anak yang masih kecil.
2. Tugasan berganda bertugas ( mengajar) dan belajar atau mentelaah pelajarannya.
3. Mengorbankan masa rehat dihujung minggu.
4. Memperuntukkan wang yang banyak sebagai kos belajar.
5. Terpaksa berjalan jauh tidak kira pagi, tengahari atau malam dengan menumpang kawan-kawan ke distinasi yang jauh.
6. Menyelesaikan kerja kursus yang banyak.
7. Mengulangkaji pelajaran dengan mengorbankan tidur.
8. Kurang masa rehat bersama anak-anak dihujung minggu.
9. Berhadapan dengan masalah kekurangan maklumat yang cepat.
10. Banyak masa di luar mencari rujukan.

Itulah cabaran yang mama terpaksa hadapi. Cabaran itu lain pula jika pelajar PLUMS itu lelaki. Jelas perbezaannya. Harus difahami bahawa apabila isteri keluar meninggalkan rumah, tugasan isteri di rumah itu beralih tangan kepada pihak suami pula. Inilah cabaran pula untuk suami seperti etuza jika ditinggalkan isteri.

Salam 1 Malaysia & see U










Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

tahniah utk isteri etuza..semoga beliau berjaya mengengam segulung ijazah nanti..