Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 11 Disember 2009

Maklumat tentang PERMATA PINTAR NEGARA yang dirasmikan olehDatin Paduka Seri Rosmah Mansor Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar PERMATA Negara

setiap anak `permata` negara



Salam sejahtera semua.

Satu usaha dalam menjana kecemerlangan pendidikan negara pada masa akan datang serta persediaan menghadap globalisasi inilah PERMATA PINTAR khas untuk pelajar yang bijak pandai. Semoga usaha ini berterusan menjadi impian tiap ibubapa untuk majukan anak-anak ke dalam arus pembangunan pendidikan. InsyaAllah.




Sekolah PERMATApintar UKM adalah sekolah yang bakal dibina khusus untuk pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar-pelajar ini akan disaring melalui Ujian PERMATApintar UKM 1 dan Ujian PERMATApintar UKM 2 dan telah melalui program perkhemahan cuti sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Dibawah adalah gambar impresi artis sekolah tersebut.
sekolah1
sekolah2

KURIKULUM?:-

Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-



Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan

Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logic

Alangkah bahagia rasa hati ibu dan bapa yang anaknya berjaya bersekolah ke sekolah PERMATA PINTAR NEGARA nanti. Maklumat ini sekadar pengetahuan etuza & untuk semua.

Salam 1 Malaysia.

PAPN PerakPAPAN KelantanPAPN SabahPAPN SarawakPAPN JohorPAPN MelakaPAPN N. SembilanPAPN PutrajayaPAPN PahangPAPN TerengganuPAPN Perlis


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: