Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 10 Disember 2009

Alamak kak azie ganggu aku main dengan sikuning! busy body tul dia ni..hehe!
































Salam sejahtera semua.

Koleksi puteri aliya bermanja dengan si kuning. Photo ini bukan etuza yang snap tapi kerja kakak dia azie. Ada ada saja gambar adik bongsu mereka ni. Mahu di padam sayang juga, bila nampak ok saya simpan, dengan harapan anak-anak suka, happy melihat gambar mereka di laman etuza ini.
Kepada yang suka melihat kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Anak adalah pengikat kasih ibu dan ayah. Anak adalah zuriat yang Allah beri amanah kepada kita, semoga amanah yang terlalu besar nilai ini dapat kita jaga dan kita didik agar menjadi insan yang menghambakan diri kepada sang pencipta mengaggungkan nama Allah. Menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Pada hakikatnya anak-anak kita itu titipan berbentuk sementara. PadaMu ya Allah, berilah sinar NurMu ke jiwa anak-anak kami, agar mereka bertaqwa kepadaMu.

Beberap ayat Bahasa Inggeris yang aliya katakan apabila diajukan soalan ini. Anak-anak anda lagi bijak dari anak etuza. Kita teruskan pendidikan anak2 semasa cuti agar mereka bersedia mempelajari pelajaran baru pada tahun haapan.

1. What is you name?
* My name is puteri nuraliya adibah lah.

2. Do you like eat chocolate ?
* Yes! i like, thank you.

3. Can you tell me, when you go to school?
* Next year

4. Can you count the number from one until ten?
* One, two, three, four, five, six, seven, eight, nine and the last one is ten.

( etuza & mama berulang-ulang menyoal dan memberi jawapan, akhirnya aliya sendiri boleh lafazkan jawapan apabila dikemukakan soalan ini)

Info : Usia anak di dalam kandungan sudah boleh di didik dengan cara ibu berkomunikasi dengan babynya sambil membelai kandungan ibu itu. Selepas lahir usia emas anak untuk diajar agar bijak dalam pelajaran ialah dari lahir hingga 3 tahun. Apabila umur anak mencecah 4 tahun anak itu dengan sendirinya akan membentuk konsep ayat dan menuturkan kata-kata yang telah di ajar dan dipelajarinya di usia lahir hingga ke tiga tahun itu.

( ini adalah perkongsian adik etuza iaitu Bella di Sandakan pada suatu masa yang lalu. Saya kagum dengan anak lelaki dia yang berusia 4 tahun sudah boleh menghafal sebuah cerita dalam Bahasa Inggeris dengan baik, boleh juga menyampaikan cerita itu tanpa melihat buku sambil bergaya, kalau mereka balik bercuti aliya lah yang paling gembira bermain dengan anak Bella)

Tahniah kepada adik Bella.

Salam ceria 1 Malaysia. ( suka2 pose photo anak-anak)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: