Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 10 Disember 2009

Laksa Keningau Mama & kisah etuza di hadapan PC. Jomlah baca kalaulah ada manfaat alangkah best.


Asalamualaikum & salam sejahtera.

( iniah rupa Laksa Keningau Mama ( wife etuza)

Bahan-bahan adaptasi dari Laksa Penang ( air tanganku)

Bahan mentah

1. bunga kantan
2. daun kesum
3. 1 inci halia
4. daun sup
5. 3 tangkai daun sadri
6. 1 kilo ikan kembung ( rebus ambil isinya)
7. 3 ulas bawang merah
8. 2 ulas bawang putih
10. timun
11. sedikit tougih


Bahan kering
1. sedikit asam keping
2. bawang goring
3. 2 bungkus mee laksa
4. sedikit minyak untuk mengoreng bawang
5. balacan

cara membuatnya
1. isi ikan yang sudah lembut selepas direbus di kisar hingga halus.
2. panaskan kuali masukkan minyak lalu goreng bawang, halia yang telah ditumbuk halus
3. masukkan isi ikan yang telah dikisar bersama sedikit balacan
4. masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesum
5. masukkan asam keping dan serbuk perasa( garam & ajinomoto)
6. gaulkan hingga sebati.
7. masukkan pula air rebusan ikan
8. apabila sudah masak bolehlah dihidangkan bersama dengan mee laksa.

Bahan penambah perasa agar lebih sedap
1. lada padi ditumbuk halus dan perahan air limau kasturi
2. letak hirisan timun
3. hirisan daun sup & sadri
4. bawang goreng

Jam kini 11.04 pagi pada PC etuzaWarnaKehidupan. Sejak jam 8.00 pagi saya sudah santai di laman maya saya. Dalam masa 3 jam itu, saya tidak 100% duduk menernung PC saya. Kerana line internet di tempat saya lambat dan memerlukan kesabaran.
Dalam menunggu line internet itu ok ( bagus & lancar) etuza bingkas bagun dan saya buatlah kerja-kerja ringan dalam rumah atau di luar rumah. Sempatlah jugalah saya membantu mama menyiram bunga, beri baja pada ikan di kolam, memberi makanan dan minuman kepada dua orang pekerja saya yang sedang membantu saya membina stor kecil di sisi rumah etuza. Baru hari ini mereka start. Selain itu tadinya emak saya call agar hantar anak lelaki saya Ikmal ke kampung Ulu, bantu emak saya jaga gerai kecil dia, so etuza hantar anak saya ke ulu. Selepas sarapan pagi, saya langsung bantu pekerja buat stro tu kumpul air ke bekas air. Di sini, saya cuma berkongsi keadaan saya, cara saya berblogger dengan tidak tertumpu duduk merenung PC apabila membuat entri baru atau membaca di laman sahabat yang lain. Keadaan saya memang kalau di lihat sibuk, seolah-olah sekejap ke PC dan sekejap ke kerja lain. Semua jadi macam itu kerana keadaan line internet saya teruk terutama jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Oleh kerana itu etuza manfaatkan masa, tidaklah membazirkan masa. Kecuali kalau malam dari jam 8.00 hingga ke tengah malam saya terus terang masih duduk setia membaca catatan sahabat blogger. Kalaulah terlanjur memasukkan entri baru sedangkan jam sudah 12.00 tengah malam alamatlah jam 2 baru etuza masuk tidur. Off! jangan salah sangka ya..bukan selalu begitu, kadang-kadang saja. Tidur wajib untuk rehat tau!.

Kepada pengguna stremix rasanya internet anda lancar, pantas dan cepat. Etuza tinggal di kebun tanah bergeran, talian talifon tidak ada, saya sekadar pengguna broadband yang tidak menentu linenya. Kekadang bagus dan kekadang sangat teruk. Kesabaran sahaja yang membantu serta minat yang mendalam pada diri saya maka pada hari ini kita masih dapat melihat etuzaWarnaKehidupan seiring mewarnakan maklumat di persada maya. Dengan adanya broadband ini etuza kini kurang membeli koran ( news) kecuali kalau turun pekan sempat juga membeli Sabah Times. Ada juga manfaat apabila kita aktif melayari internet. Banyak info kita perolehi, sekurang-kurangnya kita hidup bukan katak di bawah tempurung. Sebaliknya kita kaya maklumat dan kaya dengan sahabat blogger.

Salam 1 Malaysia, See U & take care.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

laksa sabah mcm mana pula rupa dan rasanya..
kalau boleh buatlah entri laksa sabah pulak..