Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 11 Disember 2009

Sesekali belilah hadiah kepada isteri tersayang

Inilah hadiah saya kepada isteri tersayang. ( tengok suka para wanita bag2 cute ini hargapun berpatutan)

Wah! Pn Mariah juga membeli
bag cute ni.
Asalamualaikum semua
Anda seorang suami yang penyanyang kepada istri dan anak-anak anda!. Jika demikian pastinya anda akan memikirkan cara untuk membahagiakan mereka dengan kejutan memberi hadiah atau lain kejutan yang penting dapat mengembirakan orang tersayang.
Salah satu cara kejutan adalah dengan membeli hadiah kepada isteri atau anak-anak anda. Tidak kira hadiah itu mahal atau murah, besar atau kecil pasti jika anda ikhlas pasti orang tersayang akan merasa sangat dihargai. Amalan memberi hadiah ini bagi saya sesuatu yang perlu pada istri dan anak-anak yang kita sayangi. Biasanya kita akan merancang membeli hadiah pada mereka pada hari lahir dan pada hari perayaan, atau juga pada hari ulang tahun perkahwinan anda.

Romantik & menghargai

Sedar atau tidak dengan memberi hadiah kepada isteri itu, anda secara tidak sedar anda tergolong sebagai suami atau lelaki yang romantik. Romantik tidak semestinya ditunjukkan dengan cara berkepit dengan isteri walau ke mana kita pergi. Bukan dengan cara berpegangan tangan atau merangkul pingang isteri jika bersiar-siar atau ke shoping di mana-mana tempat. Itu bukan cara tunjukkan romantik pada penulis. Saya yakin benar bahawa romantik juga nampak dengan jelas sekalipun kita berjalan keluar bersama dengan anak-anak. Dengan tidak payah pegang tangan berkepit dengan isteri sepanjang masa. Pada penulis kebosanan akan timbul jika asyik berpegang tangan dan berkepit bagaikan takut isteri kita itu hilang atau dirampas orang. Memang tidak dinafikan ada pasangan yang amalkan cara berkepit berpegangan tangan walau ke mana-mana bersama. Ada sesetengah orang cara begini dan merasa itu keselesaan mereka, so kita tidak boleh salahkan mereka. Cuma banyak cara sebagai suami atau lelaki tunjukkan romantik kepada isteri dan anak-anak tersayang. Percayalah romantik lelaki itu juga terserlah hanya dengan memberi hadiah special kepada si isteri. Bila dah halal dan hak kita, tidak payahlah tunjukkan cara romantik anda secara terbuka, kerana disyaki dijadikan bahan fitnah dan bualan masyarakat yang melihat, biarpun pasangan itu sah suami dan isteri. Harus di ingat bahawa bukan semua orang suka kita berkepit berpegangan atau merangkul pinggang isteri sepanjang masa di tempat awam.

Hadiah pupuk kasih sayang & tanda kita memaafkan.

Ini yang lebih penting pada saya, jika kita beri hadiah apapun pada isteri pasti cair hati wanita itu. Apa tidaknya kita beli hadiah yang dia suka, pasti isteri kita menganggap kita amat menyayangi dia, menghargai dia dan amat cinta pada dia. Inilah yang tersirat bila kita beri hadiah pada isteri tersayang. Mungkin suatu masa kita berselisih faham hingga lupa menegur suami atau isteri, ha! cara terbaik meleraikan keadaan itu ialah kejutkan si isteri dengan hadiah yang cute dan menarik hati. Pasti perasaan kurang puas hati pada suami akan hilang serta merta. Alala.. kepada suami janganlah terlalu ikut ego tu, wanita ini perlu kita berlembut, biarlah mereka itu dengan keadaan kewanitaannya. Tak kemana isteri kita tu, pasti cair hatinya jika benar anda suami yang penuh tanggungjawab. hai! bergaduh tu asam garam dalam rumahtangga, suami juga yang kena memainkan peranan jernihkan keadaan agar keceriaan dan kemesraan kembali terjalin.
Nah! dengan memberi hadiah kepada isteri, mereka akan melupakan masa lalu yang menyakitkan yang mungkin suami tidak sedar menyinggung emosi kewanitaan mereka. Tidak payahlah lelaki ni terlalu ego ya.

Inilah tips etuza memujuk dan menceriakan rumahtangga kami. InsyaAllah keharmonian rumahtangga juga adalah atas dasar restu ibubapa agar diberkati Allah, aman dan bahagia bersama sepanjang masa.

Salam hormat, ceria 1 Malaysia, senyum itu ibadah. See U.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: