Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 8 Disember 2009

Malang tidak berbau ( musim cuti = berhati-hati ke manapun kita pergi pastikan keselamatan anak-anak dan kita sendiri)

Gambar hiasan
( ketika di dalam rumah juga keselamatan anak-anak harus kita perhatikan)

Asalamualikum & salam sejahtera.

Saya dapat merasakan kesedihan dan tamparan perasaan yang dialami oleh seorang ayah bernama Abdul Rahman apabila sekali gus 4 anaknya meninggal dunia kerana lemas dalam satu terusan di Ladang Kelapa Sawit Kota Bahagia di sini, semalam.
Etuza dan family mengucapkan takziah dan al- fatiha kepada 4 arwah ini. Sebagai manusia biasa kita tidak dapat menjangkakan takdir kita semuanya telah di tentukan oleh yang maha kuasa.
Kita anggaplah apa yang berlaku ini adalah takdir dan ketentuan ilahi. Kejadian ini sesungguhnya amat menyayat hati dan sesuatu yang sukar diterima, namun apabila kita mengembalikan kejadian ini kepada kuasa Allah, kita akan redha dan pasrah, Allah lebih sayang pada mereka. Sementara kita yang masih hidup doakanlah mereka agar ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan diampunkan dosa mereka.

Nasihat dan pesanan ikhlas ETUZA.

Sesiapapun kita ini, berhak saling menasihati. Saya memberi nasihat dan pesanan ini secara ikhlas kepada diri saya sendiri serta ibubapa lain agar kita sentiasa mencuba sedaya-upaya mempastikan keselamatan anak-anak kita sepanjang cuti ini.

Musim cuti yang panjang banyak kegiatan yang boleh saja kita lakukan bersama anak-anak. Berkelah di pantai, memancing, ke kebun, ke hutan dan bermacam lagi yang menyeronokkan kita dan anak-anak. Sekalipun kita di rumah atau bersiar-siar di pekan atau di bandar mari kita sama-sama berhati-hati dan mengawasi sedaya upaya kita mempastikan keselamatan diri dan anak-anak kita. Anak-anak yang masih dibawah umur sememangnya perlukan perhatian dari segi ke mana dia pergi dan pergerakannya bagaimana, kanak-kanak di bawah umur khususnya bawah 12 tahun berkecenderungan melakukan apa saja pergerakan, maka tanpa kita sedari jika tiada pengawasan pasti akan berlakulah peristiwa yang kita tidak ingini. Secara ringkas kita harus mengingati BAHAWA MALANG ITU TIDAK BERBAU.

Mari kita ambil iktibar dan kesedaran dari peristiwa anak berumur 8 tahun mengikuti abang dan kakaknya memancing di tepi terusan yang airnya dalam tiba-tiba tergelincir lalu jatuh ke dalam air terusan tersebut.

Doa etuza & doa kita semua

" Ya Allah, kepadaMu kami semua memohon agar Engkau ya Allah melindungi kami dari kejadian buruk yang menimpa, minta ya Allah selamatkan anak-anak kami semasa cuti ini, dan pada setiap masa agar Engkau ya Allah selamatkan kami dari musibah, jauhi kami dan anak-anak kami dari melakukan kelalaian kepadaMu, berilah kami kekuatan untuk sentiasa membisikkan zikir membesar kan dan mengaggungkanMu kerana engkaulah ya Allah yang maha besar, maha mengetahui segala yang nyata dan segala yang akan berlaku dalam kehidupan kam semua, ameen ya robbal alamin"

Empat beradik mati bersama

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

bhnews@bharian.com.my


MAULANA Harun (kiri) bersama ahli keluarga meratapi jenazah empat cucunya yang lemas di terusan di Muadzam Shah.


MUADZAM SHAH: Empat beradik meninggal dunia dalam kejadian menyayatkan apabila tiga daripadanya lemas ketika cuba menyelamatkan adik mereka yang terjatuh ke dalam terusan di Ladang Kelapa Sawit Kota Bahagia di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang, Muhammad Syukri Md Shamsuri dan Norsyafiqah - kedua-duanya berusia 15 tahun yang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), serta Muhammad Syafiq, 12, dikatakan nekad terjun ke dalam terusan itu tetapi ketiga-tiganya turut lemas bersama adik mereka, Norsyakirah, 8.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin, Cif Inspektor Abdul Rahman Abdul Jalil, berkata empat beradik itu serta dua lagi kembar berusia enam tahun, Nor Ain Syahirah dan Nor Ain Syariah, mengikuti ibu bapa mereka, Md Shamsuri Maulana, 46 dan Saeyah Mohd Noor, 38, ke terusan berkenaan untuk memancing dan berkelah sempena cuti sekolah.

( Sedikit petikan dari peristiwa sedih dan menyayat hati ini= subahanallah)

Salam 1 Malaysia, see U.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

Selamat malam Choy.
Terima kasih hanya itu mampu saya katakan. Anda terlalu mengambil berat, insan yang luar biasa. Saya bersyukur sangat apabila ada juga orang ang menghargai laman etuza ini, ianya umpama sokongan yang tinggi sekali agar saya teruskan bermaklumat.
Laman etuza ni tema warna-warna, pelbagai saya catat sebagai info kerana saya mahu kepuasan dengan tidak terhad kepada 1 tema entri, maybe ada juga info saya yang buat orang meluat. Apa boleh buat itu catatan memori kami sekeluarga. Choy banyak juga pengalaman dalam pendidikan ini, dan ada juga saya cuba buat catatan. Saya akan cuba..kadangkala bila kita buat catatan berbentuk pendapat orang akan komen pada sudut pandangan dia. It's ok, cuma saya pula yan risau tidak dapat memuaskan orang itu. Daripada itu etuza suka cattang ringan2 saja mana-mana yang saya boleh buat. Biasa saja laman saya Choy..inilah cara saya tambah ilmu tambahan selepas belajar. Nak sambung master rasanya saya beri peluang kepada anak-anak kami. laman ini wujud salah satu kerana kewajiban terhadap anak-anak. Anak etuza yang bongsupun dah pandai buka laman kami, baru masuk lima tahun. Yang 9 tahun boleh bantu saya muat turun gambar.

Ok take care to you too & salam 1 Malaysia

Unknown berkata...

Choy!
Sorry ejaan pula banyak salah.