Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 7 Disember 2009

Simbol Buku ilmu dan kemahiran yang sentiasa perlu ditingkatkan.

Asalamualaikum & Salam sejahtera.

Etuza merasakan ramai lagi kawan-kawan ibubapa serta guru-guru di mana sahaja berada, kurang tahu maklumat tentang kelebihan menabung di PTPTN. Simpanan sekurang-kurang RM 20.00 sahaja tabungan anda dalam PTPTN akan melayakkan anak-anak kita membuat pinjaman ( loan) biaya pembelajaran di IPTA. Nah! dalam etuza blog di bawah ini ada maklumat, wooi! jemputlah membaca ya, info kita dan sebarkan kepada kenalan anda, moga ada manfaatnya. Eh! janganlah malu ya..info ini kalau dikira baru juga kalau di Pedalaman Sabah macam etuza. Maklumat ini sangat penting bagi saya, kerana saya ada anak-anak.
( Usah cakap ketinggalan ya..pekeliling PTPTN di tiap sekolah telah kami terima, saya bantu sebarkan saja dan dari masa ke semasa maklumat ini sangat penting diketahui)


Maklumat Am

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Selain menjanjikan pulangan dividen tahunan, SSPN juga akan menyediakan insentif kewangan khas dalam bentuk Geran Sepadan atau Matching Grant khusus kepada pendeposit yang berpendapatan rendah.

Di samping itu, manfaat perlindungan insurans dan bayaran pampasan/khairat kematian disediakan secara percuma kepada semua pendeposit yang layak.

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Hubungi Kami:
No. Tel: 03 - 2092 7788
No. Fax: 03 - 2098 6589
E-mel: simpanan@ptptn.gov.my


Ciri-Ciri & Keistimewaan
  • Pelepasan cukai ke atas simpanan sehingga RM3,000 setahun;
  • Manfaat perlindungan insurans sehingga RM50,000 serta pampasan/khairat kematian diberi secara percuma untuk simpanan RM1,000 dan ke atas *;
  • Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak **;
  • Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;
  • Kadar dividen yang kompetetif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; dan
  • Kemudahan menyimpan di lebih 1,400 ejen kutipan SSPN;
  • Kemudahan menyimpan di Maybank2u dan ATM (pemegang akaun Maybank dan telah mendaftar dengan Maybank2u)
* Perlindungan insurans dan pampasan/khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hingga 28 tahun hanya layak diberi pampasan/khairat kematian sahaja.
** Keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima masuk ke IPT.
Pembukaan Akaun
Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di kaunter PTPTN dan semua cawangan ejen SSPN di seluruh negara. Dokumen yang perlu disertakan semasa membuka akaun ialah:

  • Salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis Pendeposit;
  • Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Penerima Manfaat; dan
  • Surat Perakuan/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat dibawah jagaan sah mereka)

* Salinan slip gaji/penyata pendapatan yang terkini serta salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis pasangan diperlukan untuk pendeposit yang berpendapatan keluarga tidak melebihi RM2,000 sebulan bagi pertimbangan pemberian Geran Sepadan.


Jumlah simpanan minimum bagi tujuan pembukaan akaun dan penambahan simpanan ialah sebanyak RM20.00 bagi setiap akaun penerima manfaat yang dinamakan. Penambahan simpanan boleh dibuat sebaik sahaja Kad SSPN


Kategori Had Umur Bagi Tujuan Pembukaan Akaun

Terdapat 3 kategori had umur pembukaan SSPN iaitu:

Kategori 1:
Akaun dibuka oleh ibubapa/penjaga atau warganegara yang lain untuk mana-mana warganegara yang berumur 18 tahun ke bawah dan boleh mengekalkannya sehingga umur genap 28 tahun

Kategori 2:
Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan samada untuk membuka akaun sendiri atau dibuka oleh ibu bapa/penjaga.

Kategori 3:
Warganegara yang berumur 29 tahun ke atas, perlu membuka akaun sendiri

Kaedah Simpanan
    • Potongan gaji bagi kakitangan Kerajaan dan swasta;
    • Debit terus (auto debit) - Agro Bank dan Maybank;
    • Arahan tetap - Bank Simpanan Nasional; atau
    • Simpanan secara “online” e-SSPN – khusus bagi pelanggan Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Public Bank dan Maybank.
    • Melalui Maybank2u dan ATM (pemegang akaun Maybank dan telah mendaftar dengan Maybank2u)
Agen Kutipan Deposit
Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat di ibu pejabat PTPTN dan di semua cawangan agen kutipan deposit di seluruh negara iaitu:

Agro Bank


Bank Kerjasama Rakyat (BKR)


Bank Simpanan Nasional (BSN)


Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)


CIMB Bank Berhad;


Maybank Berhad (MBB)

SYARAT PENYERTAAN

Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.












Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

Unknown berkata...

zue try comment yer etuza...

Unknown berkata...

Salam zue ( Jurlinah ke ni)
Sila komen saya sedia membaca, tegurlah jika ada kesilapan ke? semoga ada manfaat tiap commen anda semua.
Terima kasih , itu juga tanda anda saling menyokong.
Terima kasih.

Werdah berkata...

Salam perkenalan.

Terima kasih krn follow blog kak... insyaAllah kak akan follow blog etuza ni.. mmg banyak info yg bermanfaat.. tp tak ada tanda boleh sign in utk follow.. tak tau apa masalah komputer kak ni..

hj mohd yani md saman berkata...

Dari: http://www.yaneyms.blogspot
Assalamualaikum tuan.terima kasih kerana membaca blog saya.semoga mendapat munafaat. Jika anda selalu dan asyik dengan blog anda dan anda kena ingat biarlah blog anda itu mendapat didikan pada masyarakat umum disamping faedah kepada nasihat yang berguna kepada akhirat.Pandailah membahagikan masa supaya seimbang dan tidak lalai daripada pekerjaan yang lain.
saya membahagikan masa hanya 1jam sehari untuk kemaskini blog saya terutamanya sebelah pagi. Lagipun saya banyak masa kerna saya dah bersara.aktivi saya penuh daripada pagi hingga kemalam kerna saya adalah penceramah bebas, sehari semalam bersama masyarakat.
saya harap tuan berilah komen supaya saya dapat memperbaiki blog sya. tq. semoga allah memberi pertunjuk. Insyaallah.
email:yani5004@yahoo.com