Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 20 Disember 2009

Ku pohon padaMu Ya Allah jadikan remaja anak-anakku Solleh dan Solehah, jadikan mereka taat padaMu & agar jauh dari musibah jiwa



Salam sejahtera semua.

Selaku manusia biasa terasa ada sahaja perasaan bimbang terhadap masa depan anak-anak. Rupanya bila anak-anak kian meniti keremajaan banyak cabaran menghadapi mereka. Tidak sama cabarannya semasa mereka masih kanak-kanak. Sesungguhnya aku sebagai ayah kepada mereka amat merindui detik waktu semasa aku membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Kerinduan itu rasanya tidak terpadam dalam jiwaku. Aku dan mama yang membesarkan mereka bagai menatang minyak yang penuh. Segalanya kami penuhi agar mereka sihat dan mampu menjadi hamba Allah yang akan mensyukuri nikmat dan mentaati kami juga mentaati Allah.

Masa itu aku sikut, aku dukung mereka, peluk dan dakap erat ke dadaku. Sungguh mereka merasai kasihku itu lalu mereka mencium pipiku dan pipi mama. Melihat manis tawa mereka hati ini merekah dan amat gembira pada nywa manusia yakni anak-anak yang Allah anugerahkan ini. Terasa lengkaplah sudah seadanya hidupku selepas mendirikan mahlligai bersama mama atas restu ibubapa kami dan rahmat ilahi. Hingga kini kami dikurniakan cahaya mata yang amat kami sayang amat kami bangga dan amat kami sayang melebihi wang ringgit.

Sayang keadaan di mana mereka ingin dan minta ku dakap sayang sudah berlalu, mereka kian meniti keremajaan yang aku lihat amat beda semasa mereka masih kanak-kanak. Dulu pipi comot dengan makanan, kadang hingus memalit pipi kerena tidak tahu mengurus diri. Kini ku lihat wajah mereka bak merekah sinar ayu dan tampan. Pipi bersih dan halus tanpa secalit hingus. Mereka bagai menjaga wajah agar bersih dan cantik di pandang. Mendekati mereka bukan lagi seperi mereka kanak-kanak, tetapi mendekati mereka dengan cara yang sungguh berbeza. Perlu menjaga kata-kata dan suasana agar mereka tidak merasa disakiti.

Sungguh besar cabaran kala anak-anak kian remaja. Sungguh aku sebagai ayah kepada mereka merasa sesekali tercabar. Kebetulan pula aku ini jenis orang yang tidak mudah berpuas hati jika anak-anak tersalah buat, tersalah cakap dan perbuatan kurang betul. Percayalah aku akan menegur mereka. Di sinilah letak cabaranku. Kiranya kedengaran suara mereka kasar dan terlebih terutama kepada mama yang mengandungkan dan melahirkan mereka aku begitu terasa. Untuk membetulkan kesilapan mereka aku mulalah memberi hujah berbentuk nasihat yang amat berguna. Kala memberi nasihat entahkan didengar atau dihayati sepenuhnya oleh mereka ini, kekadang aku takut menghadapi kedewasaan mereka, hendaknya mereka bersopan kepada orang lain, mampu menjaga diri dan percakapan mereka agar tidak lancang dan tidak meninggi diri.

Remaja suatu yang indah sungguh, aku juga pernah merasainya. Ada perasaan yang sukar dibendung jika tidak kuatkan hati, iaitu rerasa ingin mencuba sesuatu yang baru, ingin berkawan sepuasnya kepada kawan-kawan dan ingin merasa bebas. Tidak mahu dengar leteran ibubapa dan suka jalan ke sana ke mari. Itu yang aku rasa detik remajaku. Jika bukan mak dan ayah entah kemana haluanku. Kini anak-anak ku pula meniti keremajaan yang sama yang aku rasa dulu.

Apa yang mak dan bapa aku kata kini aku rasai, kekadang aku merasa sedih dan pilu, apabila kekadang anak-anak aku berkasar dengan ku. Sejenak aku berfikir apa lagi yang kurang dan belum cukupkah kasih sayang yang aku beri dan mama beri pada mereka. Disinilah letak cabaran menghadapi anak-anak remajaku. Kekadang aku menilai caraku mendidik anak-anak, banyakkah silapku atau memang itukah normal jiwa remaja.

Ya Allah selamatkan anak-anak remajaku. Beri mereka nur cahaya iman agar jalan mereka menuju taqwa terang dan jelas. Beri mereka rerasa takut pada seksa dan azabMu bahawa sesungguhnya "syurga itu ditelapak kaki ibu". Ya Allah selamatkan anak-anak remajaku dari musibah jiwa, jadikan mereka Sakinah, yang menjadi umat Muhamad yang menyenangkan jiwaku sebagai ayah mereka. Hadapkanlah anak-anaku Ya Allah pada jalan mudah menuju arah mencapai cita mereka nanti. Jadikan mereka manusia yang mampu membahagiakan hidup mereka nanti, berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ameen.

Salam perkongsianku. Salam mesra.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

etuza berkata...

Selamat malam Choy.
Perkongsian yang bagus dari Choy. Terima kasih cadangan anda itu. Entahlah Choy, komen anda saya terima ttg laman etuza. Widget visitor sudah saya buka, ada teman blog kata widget itu buat laman kita lambat. Gambar2 dalam laman saya ini, yup! memang banyak. maybe itu citarasa saya, dengan cara ini ada rasa puas berblogger. Itulah yang saya selalu kata saya tak mampu memuaskan orang yang melawat laman etuza ini. Cantik bukan ukuran kita tetapi isi dan maklumat atau mesej utk masyarakat that is most important. Choy saya mohon maaf baru nampak ulasan anda. Harap maaf.Dalam entri saya pada ruang ini tiada tanda ulasan yang ada 0 ulasan ja. Patutlah Choy kata dalam chat saya tu.
Bagaimanapun Choy saya suka jika ulasan dlm laman saya terbuka untuk semua. Maybe choy dengan citarasa sendiri. Kita berbeza.