Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 21 Disember 2009

Salam perkongsian dari laman Assafie " Perkara Membatalkan Iman" mari renungkan bersama.


Asalamualaikum & salam sejahtera.
Kepada ustaz Assafie saya ucapkan terima kasih kerana memberi izin bagi saya copy maklumat ini. Rasanya sangat penting untuk dijadikan bahan bacaan ang amat banyak manfaat. Semoga ustaz di laman Salam Perjuangan terus berdakwah ya. InsyaAllah.
Salam perjuangan kepada semua pengunjung blog ini. Artikel kali ini adalah daripada permintaan seorang pengunjung blog ini yang meminta saya menyediakan satu artikel yang berkaitan perkara-perkara yang membatalkan akidah. Maaflah di atas ringkasan yang saya buat ini jika ia mengalami kekurangan dan kecacatan. Sebenarnya waktu saya menyediakan artikel ini pada waktu pagi sebelum pergi ke kelas KPLI, jadi kalut sikit buat artikel ini tak dan nak semak.

Perkara-perkara yang membatalkan iman atau akidah ada lapan perkara seperti berikut :
  1. Syirik iaitu mempersekutukan Allah dari sudut ibadah, sudut perbuatan pekerjaan atau pekerjaan harian.

  2. Seseorang itu tidak mengkafirkan orang musyrik atau membenarkan kekufuran mereka dan kefahaman mereka. Maka dengan hal ini ia telah kafir.

  3. Mempunyai keyakinan bahawa ada petunjuk lain daripada petunjuk Nabi saw. berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw adalah lebih baik. Sepertimana mereka mengutamakan hukuman lain daripada hukuman yang telah ditetapkan Islam.

  4. Menginkari setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian ia telah menjadi kafir.

  5. Sihir, ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

  6. Membantu orang kafir memerangi kaum muslimin.

  7. Berkeyakinan bahawa sebahagian individu tidak perlu mengikuti syariat Muhammad saw.

  8. Berpaling atau keluar daripada agama Allah atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Dak Wan® berkata...

Terima Kasih atas entri yg bernas ni. Semoga tuhan melindungi kita dari terpedaya dengan tipu-daya Syaitan.

Unknown berkata...

Salam Dak Wan,
Kita bersua di laman maya. Apa khabar, moga sihat dan gembira ya. Kita saling mengingatkan diri, kita bersama sebarkan maklumat yang menyedarkan kita. Semoga dengan membaca kita dapat manfaatnya.
Tq sokongan Dak Wan apapun maklumat ini dari laman "salam perjuangan" saya copy dengan izin ya

Dak Wan® berkata...

Salam etuza... Cek kat sini kjab k?

http://sue-sygckit.blogspot.com/2009/12/tips-blogging-boikot-widgeo.html