Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 18 Disember 2009

Kenal buah rambai ke? Inilah buah rambai..tapi sayang

ter


Salam sejahtera.

Anda kenal buah rambai ke atau memang tidak kenal. Ha kepada yang masih tidak tahu inilah rupa rambai. Kalau anda nak tahu, pokok rambai di kebun kami berbuah lebat dari batang bawah hingga ke ranting2 atas.

Dari jauh nampak buah rambai lebat, rasa buah ini manis + asam sedikit dab berbiji kecil dan lembut. Buah ini agak kurang digemari. Jika dilihat secara kasar buah rambai kelihatan macam buah langsat. Tetapi kita dapat bezakan buah rambai dan langsat dengan cara memerhatikan longokan buah rambai yang berpaut pada satu tangkai yang panjang hingga setengah lebih meter. Buahnya seolah bergayut dan lurus ke bawah. Cuba perhatikan buah yang saya pegang dan tunjukkan itu, anda pasti dapat melihat beza buah ini dengan buah langsat.

Buah rambai pada etuza sangat unik, berkhasiat dan punya daya tarikan tersendiri. Kalau di desa etuza, rasanya hanya kami yang ada pokok rambai. Sayang sekali jika pokok ini berbuah kurang terjaga kerana jauh nun di kaki bukit mapua. Ayah saya menanam di tepi pagar dekat jalan raya, yang melihat rimbun buah rambai kami pasti singgah mengambil buah rambai. Ini kerana buah-buah rambai itu dari batang bawah hingga ke ranting paling atas. Cantik sekali kelihatan buah ini bergayutan pada pokok rambai.

Oh! kalau di jual biasa tidak pakai kilo, kami letak harga pajak sebuah raga besar dengan harga murah. Tetapi sesiapa yang hendak membeli setangai harganya seringgit ( RM 1.00) sahaja. Adui! cukup murah. Kepada sesiapa teman blogger yang tahu kelebihan buah ini sila beri ulasan dalam entri baru etuza ini ya. Saya teringin tahu selain rasanya yang saya dah tahu tetapi adakah kemungkinan rambai ini dicipta untuk kita makan, maka kita mendapat khasiat yang kita tidak sedari. Bagaimanapun buah ini salah satu sumber vitamin yang baik untuk kesihatan. Satu info yang merupakan pengalaman etuza ialah selepas memakan buah ini kita akan banyak atau kerap membuang angin dalam perut. Oh ya bahasa kasar ialah kita kerap KENTUT.

Salam 1 Malaysia, See U.
( saya mohon maaf kerana di akhir catatan saya akan ucapkan "Salam 1 Malaysia" niat saya untuk memesrakan diri pada semua pengunjung, memuaskan semua orang saya tidak mampu ke arah itu)



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: