Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 18 Disember 2009

Salam maaf & Dunia kanak-kanak memang indah, merekalah yang menceriakan suasana majlis


Asalamualaikum & salam sejahtera.

Terlebih dahulu etuza memohon kemaafan dari teman blogger atau para sahabat yang telah mencatat mesej di ruang sembang atau tinta hujung jejari anda pada laman etuza ini. Saya mohon maaf dengan penuh ikhlas kerana chat anda semua terpadam selepas saya cuba membuka shout box saya untuk tunjuk ajar anak-anak saya bagaimana post ruang shout box dalam laman blog. Tanpa sengaja kod etuza shout box terganggu dan hilang semua chat anda. Pada saya ruang chat itu sangat bermakna bagi saya. Inilah namanya manusia ya..tidak lari dari kesilapan, kelemahan dan kekurangan diri. Etuza pohon agar anda semua masih sudi chat dengan laman saya serta tidak menganggap chat itu sesuatu yang remeh. Ruang chat dalam laman blog adalah suatu sudut komunikasi yang ringkas dan memesrakan antara bloger dari mana sahaja. Tanpa ruang chat box dalam laman blog kita umpama kekurangan rasa dan kurang indah bagi etuza.

Kanak-kanak adalah ibarat permata yang amat membahagiakan sesebuah keluarga. Anak -anak adalah pengikat kasih sayang antara ibubapa. Bila ada anak-anak dalam sesebuah rumahtangga maka lengkaplah istana rumah tangga yang dibina itu. Anak-anak akan menceriakan suasana majlis, suasana keluarga dan merekalah kanak-kanak yang mampu melahirkan kemesraan antara ahli dalam sesebuah keluarga.

Melihat kanak-kanak itu, terasa damai dijiwa, kita lihat diwajah mereka tiada nampak rasa kepayahan dan kesusahan. Kita juga dapat melihat di wajah kanak-kanak ada harapan kita untuk masa depan kita. Siapa sahaja kanak-kanak kita akan merasa damai melihat mereka. Kita terasa mereka bersih dari kemelut hidup. Tidak dinafikan juga bahawa anak-anak adalah objek yang mampu mengikat kasih sayang dua pasangan suami isteri.

Namun harus kita ingat bahawa anak adalah amanah Allah pada kita. Allah beri kita hadiah yang tidak ternilai harganya. Menjaga anak-anak juga merupakan satu tanggungjawab yang perlu kita pikul. Perlu kita ingat bahawa anak-anak adalah manusia seperti kita, ada perasaan dan mereka ingin di belai dan dimanja. Alangkah bahagia kanak-kanak yang memiliki ibubapa beranggungjawab. Dalam kita bergembira, bahagia dan ceria dalam melayari kehidupan ini bersama anak-anak kita, harus kita ingat bahawa ada juga di luar sana kanak-kanak yang menderita tanpa belas kasihan ibubapa mereka.

Sempena 1 Muharam tahun hijrah 1431 masihi ini, sebagai ingatan pada saya sendiri serta orang lain agar kita semua memimpin anak-anak kita ke arah kecemerlangan akidah mereka. Kita beri mereka semangat dan keyakinan serta jalan penyelesaian jika mereka menghadapi masalah. Kita juga sangat wajib menjaga keselamatan mereka di mana saja berada. Ke mana anak-anak kita harus kita awasi keselamatan mereka agar tidak berlaku musibah. Marilah bersama-sama untuk mempastikan juga kecemerlangan anak-anak kita di masa hadapan.

Salam ikhas dari eWK






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: