Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 9 Disember 2009

Harap tidak salah sangka paparan ini sebagai tanda kita wajib mensyukuri rezeki yang tidak terduga.



Asalamualaikum & Salam sejahtera.

Marilah ucapkan ALHAMDULILLAH atas rezeki yang tidak terduga. Perkongsian maklumat ini sebagai tanda kesyukuran untuk kakitangan awam.
Semoga rezeki ini bolehlah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.

Cuepacs positif kerajaan beri bantuan khas RM500

Peruntukan tambahan ganti bonus sebelum akhir tahun

KUALA LUMPUR: Cuepacs positif kerajaan akan memberi peruntukkan tambahan sebanyak RM500 kepada 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan bonus sebelum akhir tahun ini.

Presidennya, Omar Osman, berkata melalui beberapa siri pertemuan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ia mendapat reaksi meyakinkan."Baru-baru ini saya sempat menyambut ketibaan Perdana Menteri di Langkawi, apabila ditanya mengenai tuntutan itu beliau memberi reaksi yang positif.


"Cuma kita minta, sekiranya perkara ini diluluskan, ia dapat diberikan kepada penjawat awam sebelum persekolahan bermula tahun depan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan tiada bonus untuk kakitangan awam tahun ini disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bagaimanapun bantuan khas sebanyak RM500 diberikan kepada kakitangan awam dan pesara.

Sementara itu Omar berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga diminta menilai semula Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) selepas dilakukan penambahbaikkan.

Selepas berlaku penambahbaikkan terhadap sistem penilaian itu, ramai kakitangan awam yang menduduki peperiksaan terbabit tidak lulus.

"Oleh itu, Cuepacs mahu peperiksaan penilaian itu yang akan diadakan pada bulan ini ditangguh terlebih dulu, sehingga semakan semula dilakukan.

"Memandangkan peperiksaan ini penting untuk anjakan kenaikan gaji, apakah elemen yang diguna pakai dalam peperiksaan ini. Apakah kakitangan awam itu di nilai melalui produktiviti dan prestasi ataupun peperiksaan semata-mata," katanya.

Selain itu, Omar berkata pihaknya juga akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, bagi memastikan pekerja kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatan pada akhir bulan ini mendapat pembelaan sewajarnya.

Salam 1 Malaysia. See U




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

ALoNa CintamaniszLite berkata...

wlpn sy tak keje dan suami sy keje ngan swasta...tp sy juga positif ngan perkara ni pasal adik sy pun keje ngan kerajaan gak. Leh laa tampung apa yg tak tertampung..hehe..

Zikri Husaini berkata...

syukur

Unknown berkata...

Salam kepada manisCinta & zikrPerantau.
Nampaknya anda berdua sepertiku juga, besyukur itu akan menjernihkan jiwa kita dari tamak dan rasa tidak puas hati.Ya ramai lagi yang memang sangat bersyukur RM250.00 temph hari juga ramai malah semua orang bersyukur, apabila ada laman ini, kita kongsikan kegembiraan atas rezeki tidak terduga ini.

Terima kasih visit saya.

Salam ukhuwa.