Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 9 Disember 2009

Info kesihatan daripada khasiat limau ( elak sakit sendi)



Salam sejahtera.
Selepas makan tengahari etuza berkesempatan membaca maklumat kesihatan di dalam sebuah majalah kegemaranku juga kegemaran mama. Dalam membaca itu, saya terasa tertarik hendak memuatkan maklumat atau info menarik tentang limau yang kita semua selalu makan baik masa musim buah-buahan atau kita beli sahaja di supermarket. Rasanya menarik juga maklumat ini untuk etuza blog, sekurang-kurangnya ada info kesihatan yang baik untuk kesihatan kita semua.

Limau elak sakit sendi.

( sedap bunyinya) hehe! sakit sendi saya tidak terkecuali dari rerasa ini. Kadangkala anak-anak yang tolong picit2kan. Baru terasa selesa. Maybe aliran darah lancar selepas di urut.
Rasanya baik lelaki dan wanita akan mengalami sakit sendi. Dan siapa kata sakit sendi hanya dialami oleh wanita berusia? Dewasa ini wanita muda juga tidak terkecuali dari mengalami penyakit sendi ataupun dikenali sebagai penyakit rheumatoid arthritis.

Ia adalah penyakit yang berkaitan dengan kekebalan tubuh. Tandanya seperti rasa sakit, bengkak dan panas pada sendi sendiri. Jika penyakit sudah semakin teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan mata, paru-paru bahkan jantung kita.

Bagaimanapun inilah khabar gembira kepada kita semua, iaitu penyakit sendi ini boleh dicegah dengan mengambil buah-buahan yang mengandungi zat beta cypthoxanthin. Limau ataupun oren adalah salah satu jenis buah yang mengandungi zat ini. Oleh itu apa kata bermula hari ini kita memasukkan limau atau oren dalam menu harian. Selain mengelak penyakit sendi, ia juga boleh melancarkan pencernaan dan juga membuatkan tubuh lebih segar.

Hai, asyik2 info kesihatan ditujukan kepada wanita. Sebenarnya kaum lelaki juga boleh merasai sakit-sakit sendi. oleh itu kepada lelaki seperti etuza jom kita juga amalkan meminum jus oren atau mencampurkan air limau ke dalam mnimuan kita. Semoga tubuh lebih segar dan mengelakkan kulit kita kering dan bersisik.

Satu info kesihatan, salam a Malaysia. See U & take care



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Werdah berkata...

Salam Etuza,

Memang jus oren atau jus limau enak diminum.. jika itu boleh melegakan sakit sendi dan manfaat yang laian kenapa pula kita tak mahu minumnya. Setahu kak pula jika kita batuk berhenti dulu minumnya..

Unknown berkata...

Wasalam Werdah.
Info ini kami dapat di dalam majalah wanita keluar 10 Dis 2009. Info ini ringkas sebagaimana catatan etuza tu. Anak2 saya suka jus oren atau perahan air limau kasturi. Limau adalah pembekal vitamin C yang kita perlukan dalam tubuh badan. Terserahlah pada kita untuk bagaimana kekerapan dan keadaan bagaimana meminum jus oren atau jus limau. Info meminum jus oren pada etuza dalam seminggu kita perlu tiga kali meminumnya. Itupun kalau ada bekalan. Oren ni kena beli juga.
Tentang berhenti masa batuk, etuza kurang periksa, sebab dulu saya batuk akibat selesma, mak saya ( ibu) perah limau kasturi campur garam sedikit dan arahkan saya minum, sembuh batuk saya secara perlahan.
Satu hari suara saya serak tak boleh keluar, mama( wife ) bakar limau kapas seketika, perahkan air dan beri etuza minum, alhamdulilah sembuh suara saya. Biasa kalau siapa dalam family etuza selesma yang agak keras limau kasturi dan meminum air asam jawa kami amalkan.
Bagaimanapun itu fahaman werdah ya. Masa kita tidak sihat doktor syorkan kita makan buah-buahan untuk kekalkan vitamin dan selera makan.
Etuza sekadar berkongsi ya..kita ada pemahaman masing-masing tentang cara menjaga kesihatan.

Salam tq to Werdah sudi kongsi info.

Unknown berkata...

Choy.

Terima kasih, info anda hebat.