Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Rabu, 30 Disember 2009

Cerita etuzaWK tentang mengurus blog sendiri. Anda bagaimana pula?.

Asalamualaikum & salam sejahtera.

Saya sudah terlanjur berblog, minat sangat dan laman saya ini bagaikan mini album saya atau dairi catatan saya. Saya tengok menakjubkan sangat dengan warna-warna yang indah. Bila melihat laman blog para sahabat saya nampak masing-masing ada keindahan yang luar biasa. Sangat indah dan mereka lebih kreatif dari saya.

Oleh kerana draf laman etuzaWK ini kira dah lengkap, tidak salah jika memori tentang anak-anak kita letakkan sebagai entri baru. Sudah milik kita, laman kita dan kita punya owner sendiri. Apapun yang kita suka kita letak asal tidak menggangu hidup orang lain. Dan paling tidak menyakiti orang lain. Komen pengunjung yang lain itu komen saja, saya terima dengan hati terbuka. Pada saya hakikat yang nyata sekali bila kita ada blog atau ada facebook, ada masa-masa kita lalai, alpa dan asyik melihat dan memuatkan gambar2 sebagai penambah seri wajah laman kita. Bila ada gambar rasanya hidup laman kita. Tidak dinafikan ada banyak kebaikan bila ada blog, kita akan dapat banyak ilmu, memberi kesedaran dan keinsafan. Itu yang baiknya. Bila membaca tentang alam akihrat, kematian dan seksa kubur dari laman kawan-kawan blogger yang lain terasa takut sangat, terasa diri sangat kerdil dan banyak dosa pada Allah. Justru itu kita berazam tidak membuat kejahatan, tidak sombong dan tidak kedekut. Memang kita hidup ini akan ada masa kematian kita. Secara rasionalnya blog kita ini sebenarnya agak peribadi, tetapi bila kita rasa ada manfaat pada orang lain kita paparkan blog kita secara umum, kita kongsi bersama masyarakat luar. Pada saya orang-orang yang paparkan laman blog mereka secara umum adalah orang yang ikhlas dan orang yang terbuka meneima teguran dan saranan orang lain. Dia tidak pentingkan diri sendiri. Itu pendapat saya.


Bila berblog dari kita sahaja mengurus masa. Kebijaksanaan kita sendiri untuk sentiasa updated pada masa yang sesuai laman kita, dengan tidak meninggalkan perkara wajib, kerja-kerja harian yang rasanya lebih urgent dari blog kita. Berblog pada saya kena bijak urus masa, pada peringkat saya yang baru dalam arena blog memang masih tinggi rasa keseronokan dan rasa suka serta minat yang tinggi untuk teruskan info-info saya. Dulu saya banyak album gambar saya kumpul dengan berbagai corak warna album. Hehe! nah sekarang jarang suah saya cuci gambar, semua ada dalam laman etuzaWK ini sebagai alternatif meletakkan gambar anak-anakku.

Harapanku jangan kita jadikan blog kita sebagai alasan utama kenapa kita gagal membuat sesuatu kerja. Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa kita buat dulu kerja yang lebih URGENT, urusan blog ini perkara kedua atau ketiga. Bukanlah sangat kita dituntut setiap detik waktu untuk kita buat maklumat. Pada saya cukuplah jika ada satu atau dua maklumat kita buat dalam sehari, atau kalau lebih dari itu alangkah bertuah orang itu. Dulu mama ada tegur saya, katanya you lalai buat kerja lain, bantu saya kerana asyik dengan blog. Hehe! saya diam saja, memang benar agak tertinggal kerja harian saya terutama mengurus luar rumah laman kami yang banyak bunga. Hehe! sekarang mama tidak meleter lagi, dia juga suka membaca catatan saya, dia beri masa bagi saya dan kini saya gunakan masa sebaiknya mengurus laman dan selepas itu membantu mama mengurus rumah dan kerja-kerja lain. Maknanya masa tidaklah terlalu terbuang. Membaca dalam sehari juga rasanya baik dalam kehidupan kita. Kita akan tahu banyak perkara dan jika kita manfaatkan pada orang lain lagi baik dan hebat.

Bagaimanapun saya tidaklah mahu berjanji untuk teruskan blog saya hingga selamanya. Ada masa saya buat, jika tiada masa begitu sajalah ya. Saya sudah awal menganggap blog bukan sesuatu yang mendesak sangat. Akan ada masa titik noktah laman etuzaWK ini nanti di tutup kerana tidak aktif. Jikapun laman saya masih diteruskan mungkin anak-anak saya masa itu sudah pandai menggantikan saya memuat turunkan maklumat dan gambar sekali. InsyaAllah.

Di pendekkan cerita saya buat catatan baru biasanya pada masa tertentu iaitu:
1. Selepas subuh. saya akan membaca dulu ulasan kawan-kawan, baca catatan kawan2 blogger yang lain. Kalau ada idea saya terus buat catatan.

2. Jam 8.00 pagi. Jika cuti seperti masa ini ( cuti sekolah) Siap saja saya tutup PC dan buat kerja-kerja lain, di kebun dan membersihkan halaman rumah.

3. Petang jam 2. 00 petang. Saya akan buat masa ini jika tiada kerja lain.

4. Malam, lepas isyak. Isyak masa panjang. Kita buat maklumat di blog dan membaca catatan orang lain di blog mereka malamlah yang paling sesuai. Mama tak ganggu saya waktu malam jika saya santai di blog kami.

Ha itulah masa saya untuk mengurus laman etuzaWK. Rasanya sudah kali kedua saya paparkan cerita saya tentang mengurus blog di laman saya. Bukan apa, saja saya ceritakan keadaan saya dalam mengurus laman saya. Mengajak kawan-kawan agar bijak mengurus masa. Kita haruslah kawal diri agar tidak terus hadap muka dan mata ke PC sepanjang masa. keadaan saya cuma begitu ya dalam arena blog, kerana blog saya bukan wajah duit ya. Hehe! membantu promot blog yang bentuk kewangan itu adalah juga. Saja hias laman saya, saya suka banner mereka yang unik so, saya ambil dan letak di laman etuzaWk sebagai penghias lamanku. Jadilah macam-macam banner tu.

Kepada kawan-kawan blog, sharinglah sikit bagaimana anda pula mengurus laman anda, rasanya banyak manfaat kita bicara tentang mengurus laman blog agar menjadi panduan kita semua.
Maka saya alu-alukan ulasan siapa sahaja yang sempat berkunjung ke laman etuzaWK ini.

Bye! info kerdil etuzaWK pagi rabu ini.( sorry jika ada ejaan salah)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

3 Pesona Kata Hati Mereka:

Abam Kie berkata...

salam abg etuza,

memang kdg2 kita asyik berblog sampai lupa nak tanda buku nota murid2. sy ngaku lah tu...dulu sy ngajar di smk majakir, papar. tp skrg dah pindah kelate. ada coretan sy ttg gelagat2 pelajar sy di sana dulu. sila search 'papar' atau 'majakir' di blog saya kerana pos tu dah lama sy terbitkan. i rasa tajuknya 'a few interesting characteristics of my students'.

zukidin.blogspot.com

Ren berkata...

Salam Etuza.

Bagi saya blog adalah catatan kehidupan saya, dan memudahkan saya untuk merenung kembali apa yang telah berlaku sebelum ini. Selain diary, blog adalah satu medium yang bagus tapi haruslah berpada-pada memandangkan ia boleh diakses oleh semua pihak.

Apa-apa pon blog saya lebih menjurus kepada aktiviti luar yang menjadi minat saya 100%! saya tidak akan mencampuradukkan urusan kerja di dalam blog (perihal di opis). Itu adalah sesuatu yang saya haramkan untuk blog saya.

Sesamalah kita berblog! Teruskan usaha anda!
SALAM TAHUN BARU 2010 !~ Semoga Tahun baru 2010 memberikan sinar kejayaan yang lebih cerah! Amin~!

Unknown berkata...

Wasalam kpda Juk& Janggel.
Pandangan anda sangat saya hargai. Janggel you benar kita jangan campur adukkan kerja di blog. Saya juga seperti janggel, takut pula laman saya tu menyinggung orang. Saya banyak paparkan kehidupan anak-anak & tazkirah sesekali. Adalah juga sikit2 hal kerja yang ringan2 saja. Next tak akan keluar lagi hal kerja di pejabat.
Selamat tahun baru 2010