Salam sejahtera.
Nampaknya saya berminat hendak memuatkan maklumat mengenai petua dari laman petua nenek ini. Lelaki juga perlu merawat muka sesekali. Bukan hanya wanita yang perlu merawat muka agar nampak segar dan cantik dipandang. Lelaki juga seharusnya perlu melihat keadaan wajah kita, agar nampak bersih dan kemas.
Seperkara yang merumitkan saya ialah wajah apabila kulit wajah saya berminyak. Pada usia saya perlukah jaga wajah ni?. Saya terus terang saya bukan hendak berlagak ya, bukan pula terhigeh-higeh handakkan wajah kembali seperti zaman remaja dulu. Bukan begitu ya, cuma saya rasa walaupun usia dah meningkat kita harus menjaga kulit wajah.Hai lelaki bah! di wajah ada misai, jambang dan jangut kat dagu. Hehe! memang itu normal lelaki. Itu saya tak kisah saya bela dan jaga misai dan jangut seadanya. Cuma yang saya tidak selesa ialah keadaan wajah saya sering berminyak.
Saya mesti membawa saputangan jika keluar ke mana2 juga ke tempat kerja. Tanpa saputangan saya tidak selesa sangat. Saputangan itu saya gunakan untuk mengelap muka saya bila terasa berminyak. Tidak hairanlah jika di almari baju banyak saputangan saya dan mama. Ada kawan-kawan cakap muka berminyak lagi bagus dari muka kering dan kelihatan tidak lembap. Saya rasa semua orang jenis muka berminyak namun ada juga orang jenis mukanya bersih dari minyak ni baik lelaki atau wanita. Untuk mencari tips merawat wajah berminyak maka saya layari internet, nampaklah sudut petua nenek di laman petua nenek, saya rasa hendak pula kongsikan kepada sesiapa sahaja, manalah tahu masalah anda sama dengan masalah saya. Moga ada manfaatnya.
Inilah petua di laman petua nenek yang saya copy. Kepada yang berminat cubalah, bukan susah nak buat.
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
- Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
- Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
- Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
Selamat mencuba.
3 Pesona Kata Hati Mereka:
eh! boleh hilang ker klu ikut petua ni? wah! thnkz! nnt sy nk cuba gak sbb sy pun muka berminyak gak kdg2....
Salam N Irfan.
Bagus try dan ikut 3 kali seminggu. Kita berusaha sahaja InsyaAllah kalau rajin mesti dapat rasakan kelebihannya. Lendir lidah buaya selalu saya gunakan untuk lembapkan muka. ha ini memang berkesan , kulit jadi halus dan licin. Saya banyak tanam lidah buaya, sebab tu selalu ambil petik bila ada masa terluang. Kurangkan minum bergas juga boleh kawal kesihatan.
Selamat mencuba ya.
boleh cuba bedak muntah belut asli...boleh dapatkan kat sini www.bedak-muntah-belut.blogspot.com
Catat Ulasan