Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010 & Semoga Hidup Kita Lebih Berkah

Detik 12 tengah malam kini hampir
tiba, kita sambut 2010
dengan penuh syukur.Kita tunaikan
solat sunat menyambut tibanya detik dan
minit pertama menjelangnya 2010 sebentar
lagi. Orang lain menyambutnya dengan
dentuman mercun dan bunga api, tetapi
kita yakni yang berpegang pada kalimah Allah
ayuh kita sujud munajat syukur atas rahmatnya
memberi kita peluang menyambut tahun baru
2010.( dicatat pada jam11.51 minit malam
31hb12.2009)

Asalamualaikum & Salam Sejahtera. ( dicatat pada pagi 31hb12.2009)

Hari ini tanggal 31hb Dis.2009. Merupakan hari terakhir dan date terakhir tahun 2009. Nampaknya sebentar lagi petang ini TIRAI 2009 akan berlabuh tanpa kembali lagi. Apa yang tinggal adalah kenangan lalu yang mungkin merupakan kenangan manis dan pahit dalam kamus hidup kita semua. Marilah mengimbas semula apakah tahun 2009 itu kita sudah memenuhi hajat yang kita impikan selama setahun ini. Adakah tertunai sudah hasrat hati untuk mencapai semua azam yang kita lafazkan pada tahun 2009.

Seketika lagi tahun 2010 akan menjelang, fikirkan dan marilah muhasabah diri apakah harapan dan azam kita pada tahun ini. Saya berharap agar pada tahun ini kehidupan kita semua lebih berkat, lebih maju kehadapan dari segi berfikir dan perlakuan diri. Begitu juga dengan semua anak-anak kita semoga mereka lebih ceria, lebih tabah dan tenang dalam menghadapi tiap masalah. Semoga kita semua di sayangi oleh Allah dan lebih menghambakan diri kepadaNya yang menciptakan kita ke Dunia ini.

2009 yang akan melabuhkan layarnya pada petang ini, bagi saya sesuatu yang indah. Rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana Dia masih memberi peluang kepada saya dan semua keluarga menghirup udara segar, menikmati umur saya pada 2009, memberi saya peluang melihat segala kehijauan disekeliling, di mana warna kehijauan yang saujana mata memandang itu amat indah dan menawan, memberi saya dan semua keluarga menikmati rezeki dariNya yang tidak terhingga lazatnya. Dan semua yang saya alami dalam bentuk material dan perasaan telah saya rasai pada 2009. Ungkapan syukur dan terima kasih kepada Allah atas kurnia itu. Hanya padaMu kami mengucapkan kesyukuran dan hanya engkau ya Allah berhak disembah.

2009, menemukan saya pada alam blogger di maya internet. Sesuatu yang baik jika di manfaatkan. Pada saya azam melihat anak-anak sihat dan di rahmatiNya serta jauh dari bala musibah, anak-anak sihat dan gembira bersama saya sudah cukup memesrakan hatiku, cukup menyedarkan diriku bahawa semua itu adalah anugerah Allah yang tidak terhingga banyaknya.
Dan pada tahun 2009 azam saya itu dikabulkan oleh Allah, kerana hingga pada hari ini saya masih melihat anak-anak saya, isteri saya dan semua saudara saya termasuk ibubapaku.

Menjelang 2010, satu lagi tangga tahun Dunia yang bakal kita lalui bersama. Bermula dari langkah hari pertama iaitu pada 1 hb januari 2010 hinggalah ke detik terakhir 2010 nanti. Tiada lain azam saya selain mahu melihat kecemerlangaan anak-anak, kebahagiaan anak-anak, kejayaan mereka juga dalam pelajaran dan melihat mereka maju dalam pemikiran. Selain itu saya mahu mereka taat pada perintah Allah, lebih berdisiplin dan lebih yakin dalam menempuhi hidup yang penuh liku ini. Saya mahu juga mereka lebih berfikiran positif dan berfikiran terbuka, mampu membina jati diri agar muncul menjadi manusia yang berguna kepada ibubapa, agama dan masyarakat. Saya harap semua anak-anak saya berjaya dalam bidang akademik, mejaga solat dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Pada rumahtanggaku, ku pohon agar engkau Ya Allah, peliharalah jiwa kami dalam keimanan, jauhi kami dari merosakkan maruah diri, perelokkan budi pekerti kami suami isteri, jadikan kami kuat melawan hasutan duniawi, jauhi kami dari menurut kata dan bisikan syaitan laknatullah, pancarkan nur cahaya iman ke jiwa kami agar kami kekal bersama dan sentiasa berzikir menyebut namaMu agar hidup kami tenang dan damai di dalam rahmat dan kasih sayangMu. Ameen.

Selamat Tahun Baru 2010. Semoga kehidupan kita lebih berkah.






Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: