Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 19 Disember 2009

Suasana persandingan Hastonoh & Ernawati di Kampung Mapua Keningau. Meriah dan best. Selamat raja sehari.

Tengoklah anak-anak buah etuza suka sangat nak salam
dengan pengantin. ( mempelai segak dan cantik
dipandang)

Senyuman ceria teruna & dara bersatu kini dalam
ikatan mahligai cinta ( Rumahtangga)
Semoga berbahagia hendaknya ya.




Asalamualaikum & Salam 1 Malaysia.
Nampak gayanya saya kena lagi memenuhi undangan majlis khawin pada 23hb Dis.2009 bersamaan hari rabu
minggu hadapan. Pada petang tadi jam 3.00 petang saya dan isteri dan anak2 serta adik2 dan ipar menghadiri majlis perkahwinan En. Hastonoh Haji Arinin dengan Cik Ernawati Rusinin. En. Hastonoh Haji Arinin merupakan anak buah saya dimana bapa saya dan bapa dia bersepupu serta merupakan jiran keluarga saya di Kg. Penagatan Ulu, Keningau, Sabah.

Cuti sekolah hujung tahun ( Disember) biasanya kesempatan kepada pasangan untuk bernikah dan bersanding. Memang kesempatan inilah yang sesuai untuk melaksanakan niat yang baik untuk mendirikan rumahtangga atau mahligai bersama orang tersayang. Hemm! biasanya kalau orang itu kenal dengan etuza pasti mereka hantar undangan pada saya. Saya pula kalau tiada aral menghalang mesti tunaikan hajat orang yang menjemput kita. Best dapat melihat cantiknya, indahnya wajah mempelai dan meriahnya serta gamatnya suasana dengan keriuhan tetamu undangan dan kanak-kanak. Memori bersanding kadangkala mengingatkan kita dulu juga bersanding di pelamin yang indah sekali. Hehe!

Hari ini saya melihat lagi pasangan Hastono & Ernawati bersanding. Cantik dan berseri kelihatan apabila bagaikan raja di apit di jaga oleh pengiring. Mereka memakai busana pakaian warna purple yang lembut dan segar mata memandang. Ala! sayang sekali saya tidak dapat mengambil gambar mereka secara dekat, kalau dapat gambar wajah besar mereka alangkah best sekali apabila saya letakkan dalam entri baru etuza laman kali ini. Entri ini memang khas untuk saudara atau anak buah saya Hastonoh sempena majlis persandingannya hari ini. Pasangan sudah hendak masuk ke dalam rumah sebaik kami selesai bersalaman dan menghulurkan hadiah. Sebab itu etuza tidak sempat snap close Up wajah manis pasangan ini. Apapun yang saya masukkan inipun dah kira memadai dan saya bersyukur dapat merakam beberapa gambar sebagai memori persandingan mereka ini.

Kepada pengantin ini * SELAMAT BERBAHAGIA SELAMANYA*

Ok. Salam mesra. See U again.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: