Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 1 November 2009

Bukan dipengaruhi tetapi sebetulnya inilah keputusanku (Bukan lagi rahsia)

Kad Ucapan Istemewa kepada Erakita dari Etuza. Tahniah
Asalamualikum..selamat berhujung minggu. Semoga ceria selalu.
Masihkah kau ingat? Masih ingat kah satu kuiz yang berkisar tentang yang mana satu keputusan saya sebagai ibubapa apabila dalam tarikh yang sama dan masa yang sama anak saya Azie mendapat peluang dalam 2 aktiviti anjuran PPD daerah Keningau serta program perkemahan di Tamparuli Kota Kinabalu anjuran Jabatan Pendidikan Sabah dalam mewar-warkan Program 1 Malaysia. Dalam hal ini tiada siapa yang disalahkan kerana guru BI yang juga ketua panitia Bahasa Inggeris tidak tahu keputusan muktamad pihak sekolah apabila karya 1 Malaysia anak saya mendapat tempat terbaik menurut penilaian guru BM tahun 6 dan Penolong kanan 1 SKPK. Pertandingan menulis esei itu berkisar dikalangan tahun 6 Bijak dan 6 cerdik sahaja. Selaku bapa saya dipanggil dibilik Penolong kanan 1 dan memberitahu bahawa anak saya mewakili sekolah ke pertandingan menulis esei bertema 1 Malaysia peringkat Daerah Keningau pada 04hb11.2009. Dek kerana suka ke program perkemahan anak saya menolak peluang ke pertandingan menulis esei 1 Malaysia. Saya jadi pening kepala dan mula membuat satu keputusan yang terbaik untuk anak saya. Kedua-duanya sangat bagus untuk diikutinya.

Inilah keputusan saya, SAYA DENGAN INI MEMUTUSKAN ANAK SAYA AZIE KE PERTANDINGAN PENULISAN ESEI 1 MALAYSIA. Alhamdulillah..inilah keputusan saya, bukan saya dipengaruhi oleh siapa-siapa, mereka seperti Erakita hanya membuat pandangan, sedang keputusan ditangan saya. Saya tidak nafikan anak saya agak terkejut dengan keputusan ini. InsyaAllah saya akan pujuk dia dan terangkan rasionalnya. Anak saya juga telah membaca keputusan ini dan pandangan beberapa kawan blogger.

Saya buat keputusan atas dasar HAK dan pilihan terbaik. Katakan anak saya memilih ke program kem di Tamparuli Sabah, anak saya sudah merebut peluang murid lain sedangkan anak saya sudahpun mengisi borang ke pertandingan penulisan esei 1 Malaysia, di sinilah hak anak saya, peluang keemasan untuk anak saya. Selain itu saya merasakan pilihan yang terbaik untuk anak saya ialah yang pertama. Bukan terikat pada kata pepatah bahawa yang 1 adalah yang terbaik, tetapi inilah sebenarnya pilihanku untuk dia. Pengalaman ke pertandingan penulisan esei 1 Malaysia juga akan berlaku interaksi sesama kaum. Kepada kawan blogger Shabat Musleem, Lintagu D Sinurambi dan Cik Jurlina di IPGM Gaya Kota kinabalu, terima kasih anda mencuba.
Saya juga ada alasan agar anak tidak dibiasakan membuat pilihan sendiri sedang ketika ini anak itu masih belum mampu memikirkan sedalamnya sesuatu perkara. Satu situasi yang akan memesongkan akidah anak iaitu apabila dewasa anak itu akan melawan ibubapa apabila keputusannya pada masa ia sudah dewasa tidak direstui atau tidak dibenarkan oleh ibubapa. Keadaan ini berlaku kerana sejak kecil anak itu dibiarkan membuat keputusan sendiri. Mungkin saya silap dalam hal ini, tetapi itu kata saya secara ikhlas. Kita berhak membuat penilaian sendiri justru itu pandangan kita pasti berbeza-beza. Semoga anak saya mampu menerima keputusan ini dengan senang hati.

Kepada Erakita kad ucapan di atas itu kalau suka copy, copylah dan paste ke blog Erakita sebagai hadiah istemewa dari blog laman EtuzaWarnaKehidupan.



Wa’alaykum salam wbt.


Tidak ada kata yang tepat melainkan mengucapkan tahniah kepada ETUZA atas pencapaian cemerlang anak ETUZA memenangi ESEI 1MALAYSIA sekaligus terpilih mewakili sekolah untuk mengikuti 2 program perdana secara serentak. Amat bertuah kerana bukan semua pelajar dapat peluang seumpama itu. Andai bukan serentak, alangkah baiknya kalau dapat mengikuti kedua-duanya.

Dalam membuat pilihan memilih antara dua, Islam memberikan jalan kepada umatnya dengan cara melakukan solat sunat istikharah. Ini memandangkan, kedua program tersebut masing-masing penting dan bukan bukan pula mudah dapat peluang seumpamanya. Namun, tanpa meminggirkan soal solat istikharah, ERAKITA melihat dari segi keutamaannya. Jika dilihat, andai terlepas mengikuti Kem 1Malaysia, masih ramai rakan2 sepersekolahan yang boleh mengikutinya. Pengalaman dan ilmu yang diperiolehi sepanjang program masih dapat dikongsi bersama rakan-rakan. Tambahan pula, Kem ini telah jadi program rasmi yang telah ditetapkan jadual dan akan diadakan pada masa2 yang sudah ditetapkan pada masa hadapan. Kesempatan untuk mengikutinya masih ada pada masa hadapan samada di peringkat sekolah rendah atau menengah nanti.

Jika terlepas peluang mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam pertandingan menulis esei, kita kena lihat pula. Adakah tidak wakil sekolah kita ke pertandingan yang sama? Jika ada berapa ramai? Jika anak kita satu-satunya wakil sekolah ke pertandingan berprestej itu, rasanya keutamaan harus diberi kepada anak kita untuk mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Ini kerana, kegagalan mengikutinya menyebabkan tidak ada ilmu dan pengalaman yang dapat dikongsi dari sesiapa kerana ketiadaan wakil. Lagi satu, penulisan ada hubungan kuat dengan peningkatan prestasi akademik pelajar. Pengalaman bertanding dalam suatu kejohanan atau pertandingan yang menggunakan MINDA dan kebijaksanaan akal lebih bermanfaat untuk jangkamasa pendek dan panjang.

Tidak mustahil, kesan dari kejayaan di peringkat awal dalam bidang penulisan mampu menolak anak ETUZA ke peringkat yang cemerlang dalam DUNIA PENULISAN satu masa nanti. Dan, ianya telah terbukti di hadapan mata. Why not kita asah dan asah bakatnya supaya tambah tajam. Tambahan lagi, sekolah kita sebenarnya lebih beruntung kerana berjaya menghantar pelajarnya mengikuti kedua-dua program penting. Sekurang-kurangnya, papan-papan kenyataan samada di lorong murid atau lorong pejabat guru-guru akan diserikan dengan gambar-gambar murid-murid mengikuti pelbagai program penting. Lebih baik rasanya dapat 2 kebaikan berbanding 1.

Siapa tahu, kejayaannya dalam bidang penulisan pada masa hadapan akan memberi ruang dan peluang yang lebih banyak untuk ia mengikuti program2 yang lebih hebat dari KEM 1 MALAYSIA ketika ini selepas ini. Kadang2 peluang hanya sekali.

Dengan kata lain, ERAKITA berpendapat bahawa keutamaan harus diberi kepada anak ETUZA untuk mewakili sekolah dalam pertandingan menulis esei 1Malaysia di peringkat Daerah. Andai keraguan masih ada, tidak ada tindakan yang lebih bijak selain melakukan solat sunat Istikharah.

Wallahu a’lam.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

ERAKITA berkata...

Salam,

ERAKITA mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih atas kad ucapan yang dipaparkan dalam blog ini. Tidak sangka sama sekali ada pula muka yang ERAKITA amat kenali dalam gambar tersebut. Terimakasih banyak-banyak.

ERAKITA juga tidak menjangkan ulasan dan pandangan ERAKITA atas pemilihan mana satu program yang anak ETUZA akan ikuti diterbitkan dalam blog ini. Alhamdulillah, syukur atas apa yang berlaku.

ERAKITA doakan agar anak ETUZA bersemangat untuk mengikuti pertandingan esei tersebut. Semoga pengalaman manis dalam pertandingan tersebut akan membakar semangat anak ETUZA menjadi penulis hebat satu masa nanti. Kita doakan moga Allah mempermudahkan urusan ini.

Tahniah sekali lagi kerana telah membuat pilihan terbaik dan BEST OF LUCK!

Unknown berkata...

Wasalam..
Alhamdullah..setakat ini saya dan bantuan G.Besar dan Guru BM, anak saya sudah dapat menerima keputusan pihak saya dan pihak ibubapa. Dalam perhimpunan tadipun dia di arah oleh pihak sekolah untuk membacakan teks yang telah dikarang oleh Azie dalam tempoh 30 minit semasa pertandingan antara murid tahun 6. Syukurlah Allah buka pintu hati dia untuk menerima ke pertandingan esei itu. Terima kasih doanya. InsyaALLAH kita merancang Dia yang menentukan.