Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Ahad, 1 November 2009

Demam Buah-Buahan Di Keningau

Hehe! tarap masak...termasuk etuza dan anak-anak makan hingga habis.
Buah tarap ni percuma dekat rumah pokok kecil dan berbuah, rezeki Allah.
Buah langsat RM 3.00 sekilo. beli 2 kilo RM5.00 apa tidak laku..
Harga murah RM4.00 sekilo, patutlah orang ramai membeli termasuk etuza
yang saiz kecil RM3.00 wow! cukup murah.
Hai duria-durian...harum semerbak baunya

Asalamualaikum kepada semua.
Kesempatan kali ini selepas solat subuh, saya hendak kongsikan kepada semua tentang musim buah-buahan di Daerah Keningau. Sejak awal bulan oktober saya lihat di pasar malam berbagai buah-buahan dijual. Baru-baru ini pada hari jumaat lalu, sebuah lori penuh dengan durian dan langsat dekat padang bandar Keningau. Masa itu jam menunjukkan tepat jam 5.30 petang, di mana saya baru saja menjemput putera saya dari Ranau.

Terfikirlah dalam hatiku, selama ini, kami-kami saja yang selalu makan buah durian, kali ini biarlah putera saya ni di belikan buah durian pula. Singgahlah saya hendak membeli durian tersebut. Masa tu masih kurang orang membeli, bila saya pergi membeli saya terkejut berdatangan orang membeli, baru saya snap-snap durian apa lagi terkebelakanglah saya membeli durian.

Yang lucunya biasa mama saja selalu beli durian ni, Demi sayang anak-anak saya turun padang membeli durian, lagipun mama awal pagi jumaat sudah bertolak ke UMS Kota Kinabalu ikut transport kawannya. Lepas beli durian saya beli lagi langsat, beli langsat ni pun tak pernah, mama saja selalu, tolong makan ada lah kalau mama beli langsat.
O ya masa membeli langsat pula, orang lain memilih saya minta penjual pilihkan untuk saya, bila penjual tu pilih bukan pula untuk saya tapi pelanggan yang di kiri kanan saya. Aik! bosku mana saya punya langsat dua tiga kali saya minta duit RM 20.00 sudah diambil langsat belum ditimbang untuk saya. Itulah...pengalaman saya yang lucu, awal-awal datang saya saja datang membeli, gara-gara nak ambil gambar terkebelakang saya di layan, bila balik ke kereta berderet kereta di belakang wira saya.

Daerah Keningau memang demam buahan, musim buah-buahan. Dekat rumah bukan tak ada pokok buah, ada juga buah rambutan, cempadak longan, tarap dan buah rongitom. Langsat belum masak ranum, buah rambai lagilah baru hijau belum masak. Buah tarap..boleh lah saya makan banyak. Rambutan, cempadak sudah kenyang makan, pokok dekat saja. Pokok longan saya juga berbuah tahun ini, rendang saja...tapi lucu..saya ingat belum boleh di makan, kenapa makin kurang buahnya, bila saya tengok banyak jatuh rupanya dah masak ranum, hei..apalagi berebut anak-anak saya memetiknya, sampai tak puas makan. Anak-anak saya inilah pertama kali dapat makan buah longan milik kami sendiri.
Dalam bab musim buah-buahan ini, memang seronok sangat makan. Makanlah buah-buahan tempatan. Bagus untuk menambah kesihatan badan. Susah juga nak kawal nafsu makan buah. Apapun buah adalah makanan yang mengandungi vitamin C. Kita semua memang digalakkan untuk makan buah-buahan.

Salam 1 Malaysia. See u

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka: