Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kepulangan yang disambut girang mengubat rindu mekarkan harapan


Ikmal selamat sampai di Pekan Keningau tepat jam 5.00 petang

Kegembiraan dalam jiwaku hanya Allah yang maha mengetahui, kerinduan pada bayang wajah dan kalibatnya kini menjadi nyata di hadapanku. Hari jumaat merupaan karamat yang menemukan kembali dia dalam lingkungan keluarga etuza.
Hanya pada Allah kami tadahkan ke dua tangan sebagai tanda kami bersyukur di atas sekujur tubuh yang selamat sampai kembali dalam pangkuan kami. Betapa aku, mama dan adik-adik amat merinduinya. Tiap detik waktu kami kirim doa agar sejahtera dan sihat selalu mereka berdua di rantau orang. Di rantau orang untuk mencari ilmu yang akan menjadi suluh hidup dalam memperjuangkan kehidupannya sendiri.
Syukur Ya Allah engkau selamatkan anak kami sampai di daerah Keningau. Dengan izinMu jua maka kami semua bersatu dalam dakapan kasih sayangMu. Amin ya robbal alamin.
Nampaknya hanya Ikmal sahaja yang diberi kesempatan oleh Allah untuk balik ke rumah pada hari ini hari jumaat. Peperiksaan sudah habis maka warden bagi mereka izin untuk pulang kepangkuan keluarga dalam tempoh hujung minggu selama dua hari. Pasti rindu Ikmal kepada adik-adiknya terubat kini.

Cuma 1 hal yang merisaukan kami sebagai ibubapa Ikmal. Katanya " baru-baru ni kawan-kawan saya buat hal di asrma" Aku lantas terfikir hal kawan-kawan ikmal buat itu perkara tidak baik. Mesti perbuatan merokok..hati ku membisik . "Pa! mereka ada juga bawa saya tapi saya tidak mahu ikut perbuatan mereka..." Sekali lagi kerisauan semakin menebal, sungguh aku tidak mahu Ikmal seusia 14 tahun rosak akhlak akibat pengaruh rakan sebaya yang tidak berdisiplin. Aku tunggu kalimahnya seterusnya, mungkin kali ini aku akan bersuara seraya memberi nasihat padanya. "Kawan-kawan saya sekarang pandai merokok..ada yang jual rokok di sana" Nah! inilah tekaanku, sahlah anakku cuba dipengaruhi, cuba dipujuk rayu agar menghisap rokok. Astagfirullah..apa dah jadi dengan kawan2 Ikmal tu, sudah banyak duit kah membeli rokok, sedang pelajaran belumpun tercapai ke tahap tinggi.

"5 mata pelajaran sudah diumumkan, saya lulus semua mata pelajaran tu pa!, Pendidikan Islam saya pangkat B" Ah! inilah yang menggembirkan aku, dulu banyak merah di rekod dia. "Subjek lain belum diberitahu..kawan rapat saya 3 subjek dia gagal bah pa" Apa boleh buat, kawan Ikmal tu dah berusaha, itulah kemanpuannya."setakat ini saya belum ada gagal" Itu nada bersyukur. Alhamdulillah..syukurlah ya Allah..memang itulah yang ingin ibubapa dengar dari anka-anak. Kejayaan mereka atas usaha murni mereka. Seharusnya tinggal di asrama penuh, tiada alasan untuk gagal, tetapi banyak alasan dan sebab kenapa lulus dengan baik. Syukurlah, semoga Allah memberi dan menambah kekuatan jiwa kepada Ikmal agar terus tabah dan kuat hadapi dugaan hidup ini. Selaku bapa aku sudah sedia memaklumkan kepada Ikmal bahawa..ada banyak bentuk cabaran yang akan merosakkan akhlak jika gagal mengawal diri, musnahlah impian dan cita-cita..oleh itu sentiasa waspada dan banyak mengingati Allah.
Kepulangan yang disambut girang mengubat rindu mekarkan harapan, kali ini kami sajikan hidangan istemewa semata-mata untuk anak-anak tersayang. Inilah salah satu jalan menyalur rasa kasih sayang kepada anak-anak titipan Ilahi.Ha! malam ini lebih kurang jam 7.00 malam inilah lauk dan sayur kami bersama putera kami MOHD IKMAL..ANAK LELAKI PERTAMA ETUZA.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: