Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 30 Oktober 2009

Pilih mana satu dua dua pun bagus



Azie bersama kawan-kawan di program Gemilang 5 A UPSR di SMK.Keningau, Sabah.
Azie antara 10 terbaik PUBLIC SPEKING peringkat sekolah anjuran PANITIA BAHASA INGGERIS 2009.

Salam sejahtera..
Pening kepala memikirkan yang mana satu pilihan hati. Kedua-duanya baik dan bagus untuk anak saya. Hai pening lah buat keputusan..


Yang satu sudah dibincangkan, malah yang pertama ini yang dahulu saya diberitahu. Hati saya sebagai bapa merasa bangga dan sangat gembira serta berterima kasih kerana memilih anak saya. Kata mereka anak kamu layak dan sudahpun dibincangkan, soal bila, hari dan masa sahaja tunggu, kita tunggulah nanti. Saya setuju begitu juga mama setuju sangat kerana perkara ini penting untuk masa depan anak kami.
Hari ini, sekali lagi saya diberitahu..hal yang lain pula. Anak kamu menjadi pilihan kami. Hai lagi pening kepala. Yang mana satu hendak terima, yang pertama dahulu atau yang kedua. Saya tengok kedua-duanya baik dan cocok dengan anak saya.
Di sinilah peranan saya selaku bapa kepada anak saya, keputusan di tangan saya, hanya satu sahaja suara yang mereka mahu tunggu dari saya. Hai binggung sangat fikirkan hal dua perkara yang melamar anak saya. Saya pilih yang pertama tetapi yang kedua pula menjadi pilihan anak perempuan saya. Yang pertama dekat dan bolehlah ikut dia sekali, yang kedua sangat jauh. Hai...tak larat menemani dia jika inilah pilihan anak saya.
Saya selaku bapa perlu fikirkan yang terbaik untuk anak saya..YANG MANA SATU?
Sedang fikir, anak saya tetap juga pilih yang kedua. Apa sangat istemewa yang kedua itu? Sedang yang petama juga membawa kebaikan untuk anak saya ini.
Yang pertama jika dipilih akan memberi satu era baru dalam hidup anak saya. Di sini letak satu kekuatan dan motivasi agar dapat menyelami lagi ilmu pengetahuan secara meluas.
Pilih yang kedua akan memberinya juga satu era baru...membuka minda dan akan berlaku interaksi dua hala antara dua daerah. Mampu menajamkan daya fikir dan sosial antara kaum akan berlaku secara langsung. kedua-duanya ada keistemewaan.
Kelirukah anda pada teka teki ini. Sebenarnya anak saya azie telah terpilih ke pertandingan penulisan esei ( karangan) peringkat Daerah Keningau pada 04.11.2009 sempena Program 1 Malaysia di bawah anjuran PPD Daerah Keningau. Dalam masa yang sama anak saya tersenarai dari 12 peserta murid ke perkemahan anjuran PPD juga sempena program 1 Malaysia yang akan bermula pada 3hb11.2009 hingga 06hb11.2009 di DAERAH TAMPARULI, KOTA KINABALU, SABAH.
Mana satu..hendak di pilih..kerana kedua-duanya baik dan bagus untuk perkembangan minda serta mendatangkan banyak pengalaman kepada anak remaja saya azie. Hai binggung..juga tau buat keputusan untuk dia. Hati saya besar untuk pilih yang pertama tetapi anak saya berbesar hati hendak pilih yang kedua. Menurut guru Bahasa Malaysia, karangan atau esei anak saya menepati kehendak tema esei 1 Malaysia, kerana itu dialah yang berhak dipilih sebagai wakil sekolah ke peringkat daerah.
Kepada pembaca..biarlah saya putuskan secara rahsia, pilihan ku untuk anak saya. Bak kata SITI NURHALIZA TARUDIN "BIARLAH RAHSIA"
"Jika anda ingin meneka apakah aktiviti pilihan ku untuk anak saya ini, SILA MUAT TURUN ULASAN DALAM RUANGAN PILIH MANA SATU DUA DUA PUN BAGUS. Pengulas yang berjaya dan yang pertama meneka pilihanku untuk anak saya azie, anda akan menerima satu ARWARD ATAU KAD UCAPAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH DARI BLOG ETUZA WARNA KEHIDUPAN. Cuba-cubla teka ya...Selamat meneka.
Salam 1 Malaysia. See u

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

4 Pesona Kata Hati Mereka:

Tanpa Nama berkata...

assalamua`laikum,
sy teka ye. pilihan yg kedua. he~ ke prog tersebut. Insya`Allah.

SahabatMusleem~

Unknown berkata...

Wasalam...
Taniah sbtleem yang pertama, tapi kita tunggu komen lain dulu..belum ada keputusan saya buat masa ini, BIARLAH RAHSIA dulu.InsyaAllah...2 hari lagi saya buat makluman.Kepada yang lain teka jangan tak teka..hehe! saja nak berhibur dengan kawan blgger..best..hilang stress!

Tanpa Nama berkata...

Salam Etuza. wah, tahniah untuk Azie & sampaikan salam sy untuk dia & mamanya..

Sebagai ibubapa kita sentiasa mahu yang terbaik untuk anak2..Anak2 sentiasa perlu bimbingan daripada orang2 yang berpengalaman lebih2 lagi ibu bapa sendiri...

Memberi ruang memilih dan bertanggungjawab atas pilihan sendiri juga antara pengajaran & pembelajaran efektif sekali gus melatih anak2 membuat keputusan terbaik untuk diri mereka..

Apapun pilihan Etuza, saya yakin itu adalah yang terbaik untuk Azie..anyway..sy pun macam Tanpa Nama...pilihan ke-2..:)

Unknown berkata...

Wsalam
Nampaknya lintagu peneka yang ke 2 terpantas. Kalau ada rezeki dapatlah award atau piala dari blog etuza warna kehidupan. Ada benarnya pendapat anda. Pun demikian selaku ibubapa kena berjaga-jaga juga dalam memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih. Mungkin dalam hal-hal yang lebih berat seeloknya ibubapa yang harus buat piihan. Apapun kita tunggu keputusan mana satu plihan bapa azie nanti. Tq dan syabas kerana berani mencuba, sungguh anda perihatin.