Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 2 November 2009

Pengisian Aktiviti Program 1 Malaysia Di SKPK

Murid - murid di perhimpunan pagi tai juga turut mendengar pembacaan teks 1 Malaysia Guru Besar juga tidak ketinggalan dalam acara pembacaan teks 1 Malaysia ini
Penolong kanan 1, 2 serta beberapa guru sedang mendengar maklumat 1 Malaysia Guru Bahasa Malaysia sedang membantu Nurhaziemah membacakan teks 1 Malaysia di perhimpunan pagi tadi.
Salam sejahtera.

Sejak 2 minggu yang lalu, semua sekolah baik di sekolah rendah dan sekolah menengah sibuk menjalankan pelbagai aktiviti sebagai pengisian Program 1 Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Pendidikan Malaysia Tan Sri Muhyidin Yasin pada 30hb.10.2009 yang lalu.
Daerah Keningau di bawah pentadbiran Pegawai Pelajaran Daerah Keningau iaitu En Raisin Saidin telah mengusulkan Program Galakan Membaca di peringkat Daerah Keningau baru-baru ini. SK.Penagatan tidak terkecuali dalam menyahut cabaran dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang sedang berlangsung dalam minggu ini dan minggu hadapan.
Aktiviti yang dijalankan baru-baru ini ialah pertandingan mewarna poster 1 Malaysia yang dijalankan di bilik Pusat Sumber dan pertandingan menulis esei kategori tahun 6. Pada 2hb .11.2009 bersamaan hari isnin iaitu pada pagi hari ini, sekolah telah mengadakan satu aktiviti pembacaan teks tentang 1 Malaysia di perhimpunan yang mana pembacaan teks tersebut yang juga esei terbaik yang telah dipertandingan telah dibaca oleh Nurhaziemah Bte Mohd Zali di hadapan warga SKPK. Teks bacaan tersebut dibacakan sekitar 3 minit. Semua guru dan murid mendengar dengan penuh minat maklumat 1 Malaysia yang telah disampaikan oleh wakil murid SKPK ke pertandingan menulis esei di SK. Pekan 2 Keningau pada 4hb.11.2009. Syabas dan tahniah kepada murid ini.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

mzurs berkata...

tahniah untuk keseluruhan warga skpk..moga2 usaha ini akan melahirkan pelajar yang suka dan minat membaca...Tabiat membaca perlu galakan dari awal...tkasih