Halaman

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 2 November 2009

Eh! Rupanya Gunung Kinabalu Boleh Nampak Di SK. Penagatan. ( Tapi jauh..Seronok Tengok)

Asalamualaikum

Gambar di bawah ini adalah peserta 12 orang murid ( team) bersama guru pengiring ke perkemahan 1 Malaysia yang akan bertolak pada esok bersamaan 3hb11.2009 yang berpusat di Tamparuli Sabah.Azie nampak sedih sangat terkeluar dalam aktiviti ini. Apa boleh buat bukan rezeki dia.

Senarai nama: Jeven, Belly, Kasman, Syafiq Imran, Fitri ( lelaki) Syahira, Suraya, Suazwani, Hanis dan Intan Liyana( Perempuan) Guru pengiring Cik June Violet Gabrin. Semoga selamat sampai dan kembali di SKPK. Ameen.

Selama ini saya fikir Gunung Kinabalu di tempat kami SK. Penagatan tidak kelihatan, rupanya pagi tadi nampak bulat kalibat Gunung Kinabalu Kebanggaan orang Sabah di bawah bayu. Tak percaya jemput tengok gambar ini. Cantik..walaupun jauh, dapat juga mengubat rindu, anak-anak etuza belajar di sana, di Ranau betul-betul di lembah kaki Gunung Kinabalu. Kala malam di Ranau eeeh! sejuk amat tau!.

Tengok nun di sana Gunung Kinabalu..terasa macam di Ranau, Sabah.

Inilah secara pandangan jauh Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan di SKPK pagi tadi.Biasanya Gunung ini tak kelihatan, hari ini dapat tengok

Salam 1 Malaysia

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: