Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 7 November 2009

Sepatutnya saya tidak layak menasihati orang tentang hukum agama Allah tetapi inilah catatan memperingatkan pada diriku sendiri.

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung yang saya hormati.

sunyi ini tiba-tiba saja hati ini seolah diajak untuk mencatat satu coretan di dalam blog saya ini, sebagaimana tajuk post di atas itu. Saya merasakan desakan jiwaku agar perasaan ini ku kongsikan kepada umum agar hatiku tenang dan tenteram.

Sejak ogos tahun 2009 saya mula mencintai alam blogger. Saya melihat banyak kebaikan apabila kita ada laman blog sendiri. Membaca berbagai maklumat dari kawan-kawan blog pun sudah cukup memberi kesan mendalam ke dalam jiwaku apabila pelbagai paparan berbentuk nasihat yang mengundang kesedaran dalam ilmu dan hukum agama Allah. Kini blog saya ini sebaris dengan blog lainnya, seolah mengembara mencari pengertian dan kasih dari pengunjung terhormat.

Malam ini, inilah rasaku, saya sepatutnya tidak layak menasihati orang tentang hukum agama Allah yakni agama Islam. Saya bukannya ada pelajaran yang tinggi dalam ilmu keagamaan, hanya yang ada adalah sebuah keikhlasanku terhadap agama Allah ini. Dan atas dasar keikhlasan itu inilah antara lain caraku untuk menyatakan kesykuranku kerana saya dan keluarga ditakdirkan memeluk agama Allah ini. Kesyukuranku kerana agama ini membawa sinar dan kemudi pada kehidupan yang Allah anugerahkan kepada kita semua.

Dalam lamanku ini saya paparkan pelbagai bentuk cerita realiti termasuk hal-hal agama, hukum dan juga amalan Rasul yakni Nabi Muhammad s.a.w. Siapa saya untuk memaparkan risalah itu, saya hanya insan biasa yang sangat kerdil, tidak punya ilmu seperti mana ilmu yang kita tuntut secara berguru diperingkat tinggi. Terus terang saya katakan bahawa saya tidak layak memaparkan hal-hal seumpama itu. Ada orang lain yang lebih sesuai dan lebih teguh iman dan lebih layak memaparkan hal berkaitan hukum agama Allah, secara ringkas orang itu paling layak menghebahkan dakwah agama Allah ini. Bukan seperti saya yang sangat kerdil ilmu ini.
Namun, wahai teman semua, fahamilah bahawa catatan saya tentang beberapa bab mengenai hukum agama Allah, sunah rasul, doa dan pelbagai tazkirah dalam blog aya ini adalah merupakan caraku untuk mengingatkan diriku, menyedarkan diriku dan paling jelas sebagai caraku mengingati hal-hal penting yang perlu kita serapkan dalam hati agar kemudi hidupku dan keluargaku, juga anak-anakku tidak terpesong. Saya memohon sebuah pengertian dari teman semua bahawa kita juga saling mengingatkan bagi perkara yang penting dalam melayari kehidupan di dunia yang bersifat sementara ini.

Saya bukan seorang yang taat pada suruhan agama, kadang lalai dan leka, kadang terlambat solat dan terlanggar hukum Allah. Maka disinilah kekuatan pada mesej catatan saya ini, iaitu saya tidak layak menasihati orang sedangkan diriku sendiri tidak sepenuhnya mengamakan hukum Allah itu. Sudah lama ingin saya bicarakan peraaan ini dilamanku ini, baru malam ini kesampaian. Terhurailah perasaan seorang insan yang serba kekurangan ini, bahawa saya bukan layak menasihati orang tentang hal-hal agama. Kerana yang paling saya takut ialah saya menasihati orang melalui catatan dalam blogku sedang saya sendiri lalai dan lupa mengamalkan hukum-hukum itu. Percayalah teman bahawa saya hanya paparkan maklumat itu secara umum dan bukan ditujukan kepada pihak individu tertentu, catatan saya sesungguhnya untuk ingatanku sendiri, pada keluargaku dan paling peting untuk pengetahuan anak-anakku sendiri. Jikapun ada orang lain yang merasa sedar dan insaf serta manafaatkan ilmu yang saya paparkan itu, itu saya syukurinya dan semoga kita semua diampunkan oleh Allah. Ameen.

Saya sering kembara di dalam maya internet, saya suka membaca bab - bab keagamaan terutamanya hukum, hadis, ilmu akhlak dan cerita tentang perjuangan para nabi Allah. Terbacalah saya tentang berbagai maklumat kawan-kawan di dalam blog, pada ruang komen dan pada ruang catatan yang sangat memberi keinsafan pada diri ku. Kadang saya tersedar dari lena, betullah kata orang bahawa ada juga di antara kalangan manusia yang tidak kira apa agamanya, sukunya dan warna kulitnya itu pada percakapannya begitu alim, tunjukkan sunah nabi diwajah seperti berjanggut seperti saya, sedangkan mengamalkan sendiri perlbagai cara dan sunah nabi itupun tidak pandai. Saya merasa saya termasuk orang-orang seperti itu. Saya tiba-tiba tersedar bahawa dah lama saya simpan janggut ini, saya tanpa sedar janggut ini sunah nabi, nabi Allah juga berjanggut. Satu yang saya nak pesan pada diriku bahawa saya memang suka menyimpan janggut sejemput ini dan bukan hendak tunjukkan pada orang bahawa saya alim dan waraq. Saya saja membela janggut ini kerana terlalu biasa dan jika dihilangkan janggut ini hilanglah satu kepuasan dalam warna hidupku. Kepuasan dalam hidup ini tidak terkira dan tidak mudah untuk dicapai, tetapi memelihara janggut ini cukup mudah bagi lelaki ini seperti saya dan anda diluar sana. Saya nasihatkan pada diriku juga teman yang sudi memahami bahawa keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah bukan terletak pada janggut di dagu seorang lelaki. Percayalah ada apa pada janggut itu, ianya helaian rerambut halus yang mungkin menampakkan kesegakan lelaki sahaja. Lelaki yang peka pada hal ini akan membela janggutnya tanpa disedari juga bahawa dia sudah terikut cara nabi berjanggut.

Teman sesungguhnya kita semuanya lemah...kerdil sangat dengan kuasa Allah, kita ada kelemahan diri yang kadangkala kita tidak nampak tetapi orang lain yang akan nampak kelemahan kita itu. Dan percayalah bahawa hanya Allah yang benar-benar mengetahui segala ruang hati dan jiwa kita. Marilah bersama menginsafi dan memohon agar kita dilindungi oleh Allah dari kelalaian.

Wasalam 1 Malaysia. See u (ejaan yang salah amat dikesali)




Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: