Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 7 November 2009

Happy Hujung Minggu Buat Semua, Semua Pengikut Etuza & Sahabat Blog

ASALAMUALAIKUM SEMUA APA KHABAR DI HUJUNG
MINGGU NI BERSAMAAN 7HB 11.2009. MESTI BANYAK
MASA SANTAI BERAMA FAMILY MASING-MASINGKAN!.
Hari ini, saya berehat saja di rumah, dalam masa berehat dapat jugalah bersihkan beberapa pasu bunga dan buang rumput di halaman rumah yang saya mulakan pada jam 6.30 pagi hingga jam 8.00. Lepas tu baru saya masuk dan bersarapan pagi. Kebetulan hari mama tidak ke UMS Kota Kinabalu. Memang banyak masa saya di luar rumah.
Mama hidang susu nessfry ja bread dan nasi goreng ja hari ini. Cukuplah sekadar isi perut awal pagi. Jam 8.30 pagi saya bukalah note book saya nak tengok laman etuza. Inilah catatan saya yang terbaru dan di bawah tu tentang sukan peringkat sekolah kami. Teringatlah saya bahawa pada hari ini, bagi kita yang bekerja dengan kerajaan kakitangan awam,berehat di hujung minggu memang keperluan yang sangat ditunggu-tunggu. Inilah masa kita nak bersama anak-anak dan berbual banyak dengan mereka. Hari ini juga anak-amak saya cuti dari kelas kafa. Ustaz tak dapat pergi mengajar mereka.
Dalam rehat-rehat ini, saya merasa nak kongsikan bersama kawan-kawan tentang satu permainan anak-anak etuza di rumah. Benda ini anak anak saya kutip di sungai kata mereka di tepi sungai dan ada juga di kaki bukit. Sebagaimana cerita saya rumah kami ini di satu kawasan lembah di mana di hadapan rumah kami tedapat bukit yang indah, di kaki bukit itulah rumah kami terletak. Tidak hairan jika ada benda ini, biji kayu tapi sukar nak dipecahkan. Guna batu dan tukul boleh lah. Tapi dari di rosakkan bagus saya simpan elok-elok. Nah! bila disimpan anak-anak saya kini bermain dengan biji kayu ini terutama aliya yang baru berumur 4 tahun. nak tengok kerja aliya jum kita lihat satu persatu. Aliya membentuk huruf pada biji kayu ini, kebetulan dia dah kenal huruf dan boleh menyebut sukukata yang mudah.


















Huruf huruf itulah yang telah terbentuk, nampak cantik lalu saya snap untuk di kongsi dengan oran awam di luar sana. Sebenarnya nak bentuk huruf tu memang mudah tetapi, apa yang tersirat di sini ialah anak-anak kita yang masih kecil kena berdisiplin walaupun terhadap mainan, kita bantu dan perhatikan mereka, jika ada daya kreatif kita terus bagi pujian yang ikhlas sebagai tanda kita amat menghargai kerja-kerja mereka. Lepas puas bermain anak-anak etuza siman benda ini ke dalam almari kaca.
Tahniah dan salam sayang untuk anak bongsu kami aliya.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

2 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

salam hari minggu
hujan kat kedah/perlis..
pantai timur..kelantan,t,ganu dah mula berpindah,kan..
sana camner?

Unknown berkata...

Wasalamualaikum.
Terimakasih sudi buat ulasan, o...sini kemarau, kadang mendung awal pagi tapi kemudian panas. Time sukan merah juga muka kami semua..muka anak-anak etuza juga dah gelap kena sinar matahari, time latihan. Semoga tak ada apa-apa perkara tak baik menimpa family Kam's. Kam's kat mana tu di perlis ke ? saya agak pelupa...hehe!