Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 5 November 2009

Nampak sama tapi tidak serupa.


Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya sebelum saya menutup pintu rumah blog saya ini, saya hendak kongsikan satu lagi catatan saya mengenai kombinasi daun bunga ini. Apabila melihat daun bunga ini hati saya tertarik untuk mengambil gambarnya. Nah inilah gambar daun bunga yang saya maksudkan. Cuba tengok betul-betul. Kalau sudah tengok dan perhati, bolehlah komen atau buat ulasan sebagai maklumat yang anda fikirkan bagi memberi perbezaan antara dua daun yang nampak sama tapi tidak serupa itu. Sila beri respon jika anda berminat pada soalan di bawah ini.
Spesis bunga ini terdapat di laman kami. Tiap pagi sebelum pergi kerja saya melihatnya begitu cantik ciptaan ilahi, terlalu indah dan menarik sekali bila melihatnya.
Selain itu bunga ini merupakan pemberian kawan sekerja saya bernama En. Marcellus Kandu. Oleh kerana bunga ini pemberian orang maka saya hargainya dengan menjaganya seperti spesis bunga kami yang lainnya. Bunga ini agak sesuai di tempat yang teduh. Siram dengan air setiap hari pada awal pagi dan petang.


Ok lah saya hendak mengajukan soalan ini, jika anda orang yang suka keindahan bunga cuba perhati dan beri jawapan anda pada soalan saya ini. Yang mencuba itu silakan yang tidak mahu mencuba tiada apa-apa kesalahan ya. Yang mencuba juga tiada kesalahan melainkan hanya kita berkongsi pendapat sahaja
.

1. Beri 5 perbezaan pada daun bunga ini.
2. Sila masuk ke ruang catatan untuk muat turun komen anda.


Jemputlah perhatikan perbezaan daun bunga ini.



SELAMAT MENCUBA
Salam 1 Malaysia.See U

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: