Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 6 November 2009

Revision mengenal 4 buah kitab ( senario kitab Allah)


Asalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung etuza blog.

Kadangkala bila ada anak-anak yang baru membesar ini, kita sebagai ibubapa harus banyak informasi agar tiap kali mereka bertanya kita akan dapat memberikan jawaban yang memuaskan hati mereka. Jikapun ada yang kita kurang pasti tetapi kita cari idea juga untu menjawab tiap pertanyaan mereka.
Sepanjang pengalaman saya sebagai bapa kepada anak-anak kami, banyklah sangat pertanyaan mereka. Antaranya mengenai kitab Al-Quran dan kitab Injil. Secara ringkas kita mungkin dapat menjawab pertanyaan mereka, tetapi saya sebagai hambaNya yang cetek ilmu ini perlu sangat mengulangi ilmu pengetahuan tentang 4 kitab Allah yang mempunyai perbezaan. Al-Quran adalah kitab Allah yang paling lengkap kepada umat di zaman ini. Mari kita perhatikan secara ringkas apa yang saya baca tadi petang untuk kita sama sama revision. Saya kena tahu hal ini demi menjawab pertanyaan anak-anak kita sendiri.

Kitab Taurat
Kitab Taurat telah diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Musa a.s dalam bahasa Ibrani. Di dalam kitab Taurat ini terkandung hukum syarak dan eyakinan yang betul. Ia juga menerangkan bahawa seorang nabi akhir zaman ( Muhammad s.a.w ) akan lahir dari keturunan Nabi Ismail a.s .Kitab Taurat yang asli tidak ditemui lagi pada masa sekarang kerana isinya telah ditokok tambah oleh orang-orang Yahudi.

Kitab Zabur
Kitab Zabur telah diturunkan oleh Allah s.w.t . kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Qibthi.Kitab Zabur tidak mengandung hukum perundangan. Kandungannya hanya mengenai perkhabaran , cerita, zikir, doa serta hikmah-hikmah . Oleh sebab itu Nabi Daud tiak mempunyai syariat tersendiri, ia dan umatnya hanya mengikut syariat yang dibawa oleh Nabi Musa a.s.

Kitab Injil
Kitab Injil diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s dalam bahasa Suryani. Diantara kandungannya yang utama ialah menyeru umat manusia agar mengEsakan Allah s.w.t. Kitab Injil iuja memberitakan kelahiran seorang nabi dan rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Orang-orang Yahudi telah mengingkari akan kebenaran Allah s.w.t. Mereka telah menghimpunkan kitab-kitab ini menjadi satu yang diberi nama"Bible" kemudian mereka ubh isi kandungannya mengikut kehendak hati mereka agar berkesesuaian dengan kehidupan mereka seharian. Bible ini terbahagi kepada 2 bahagian besar. Pertama bahagian Taurat yang dinamakan dengan Perjanjian Lama ( Old Testament). Kedua bahagian Injil yang dinamakan dengan Perjanjian Baru ( New Testament)

Kitab Suci Al-Quran

suci al-Quran adalah sebuah kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Di dalam al-Quran mengandungi hukum-hukum serta peraturan yang lengkap meliputu seluruh aspek kehidupan manusia, sama ada untuk mencapai kemakmuran hidup di dunia mahupun untuk kebahagiaan hidup di akhirat. Ajaran yang disampaikan di dalam al-Quan sesuai untuk seluruh umat manusia dipermukaan bumi ini tidak kira bangsa dan keturunannya. Ajaran yang termuat di dalam al-Quran lengkap dan sempurna, ia tidak akan berubah dan kekal selama-lamanya bahkan ia tetap dipelihara oleh Allah s.w.t.

Begitulah ringkasan dan senario 4 kitab Allah yang disalurkan kepada para Nabi. Kita sebagai khalifah akhir zaman sama-samalah kita menyelami isi kandungan kitab akhir zaman yang di turunkan oleh Allah iaitu al-Quran. Ringkasan mengenal 4 buah kitab ini telah saya ambil dari sebuah buku Islamiah yang telah saya beli pada 1997. Buku Islamiah ini saya simpan rapi dan nampaknya kini saya telah menggunakan semula untukmencari maklumat penting, umpama saya revision dalam beberapa perkara yang masih saya lemah.

Salam alik. 1 Malaysia. See U

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: