Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 5 November 2009

Kenapa dibuang benda yang cantik, sebaliknya elok disimpan kelak jiwamu terhibur melihatnya.(hargailah pemberian para saudara)






























Adakah anda yang melihat bunga dan rekacipta yang lain di dalam potret ini merasa suka melihatnya. Adakah anda merasakan ketenangan melihatnya. Atau adakah di antara anda yang merasa jambangan bunga dan bahan rekacipta ini menyemakkan pandangan atau merasa malas hendak memandangnya.
Apapun pendirian anda itu hak anda, saya selaku empunya potret ini hanya mampu menyatakan bahawa inilah caraku menghargai tiap pemberian orang kepada saya, dengan cara menyimpan dan menyayanginya. Saya bukan orang yang terlalu meteralistik yang suka kebendaan dan barang mewah. Cukuplah saya katakan bahawa saya amat menghargai pemberian para saudara yang sudi menghulur sesuatu yang unik dan cantik pada pandanganku. Saya selalu menerima sesuatu yang unik dari kawan-kawan, semasa melihat hadiah itu hatiku berkata cantiknya, uniknya lalu segera saya mengingati kebesaran Allah. Setelah sampai di rumah hadiah itu dahulu saya letak dalam almari agar selamat dari gangguan anak-anak saya yang masih kecil.
Dipendekkan cerita, saya sebenarnya selalu menyimpan bunga telur yang dihadiahkan di majlis kahwin. Etuza paling gembira jika ada jemputan kahwin, selain dapat bersosial, jumpa kawan-kawan, dapat menjamu makanan sedap dapat juga sejambak bunga telur menjadi koleksi kami di rumah. Bila disimpan akan bertambah banyak bila sering ada jemputan kahwin, pasti ku simpan bunga telur itu. Saya merasakan sesuatu keperluan menghargainya walaupun benda itu pada orang lain elok buang saja, atau sekadar tunjuk pada isteri anak-anak, letak di tempat yang tak selamat esok lusa hilang entah kemana. Rugi rasanya jika demikian.
Kenapa dibuang benda yang cantik, sebaliknya elok disimpan kelak melihat jiwa kita menjadi tenang. Tengok koleksi bunga telur kami berbagai warna dan corak. Dengan adanya blog Etuza maka kini dapat saya kongsikan kepada umum, betapa hobi mengumpul bunga telur ini sangat mudah diamalkan, tidak payah membeli tetapi menerima dimajlis kahwin dan kita simpan rapi. Suatu masa hobi kita ini akan mendisiplinkan anak-anak agar turut menghargai sesuatu pemberian orang lain. Orang yang memberi jika melihat pemberiannya disimpan rapi pasti ada rasa kegembiraan dan rasa dhargai walaupun tidak dilafazkan. Bukan kita hendakkan pujian,kerana pujian itu sebenarnya yang paling berhak adalah Allah seru sekalian alam.
Nampakkah anda pada objek bulat leper pada potret teratas post baru saya ini. Objek itu sangat unik kejadiannya, anak-anak saya mendapatkannya di celahan pasir di tepi sungai dekat villa kami. Bila saya tengok eh!..nak simpanlah. Benda ni bukan batu, tetapi biji pada pokok kayu yang saya sendiri tidak tahu. Orang tua2 rasanya kenal pokok kayu tersebut. Anehnya biji kayu ini tahan dan boleh disimpan dalam almari hiasan. kalau benda ini banyak kita boleh jadikan ABM untuk mengajar matematik di sekolah atau ABM bagi pelajaran Bahasa Malaysia dengan cara diguna untuk membentuk huruf.
Kepada yang mempunyai jiwa menghargai hadiah orang inilah cara kita, menyimpan dan menjaga dengan baik hadiah itu. Sebaiknya letaklah di dalam almari kaca agar seri bunga telur itu tidak pudar dek masa kita.

Salam 1 Malaysia.See u


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: