Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 9 November 2009

Minta maaf ya! family etuza makan buah cempedak dulu.( Sagmen memakan buah cempadak di kebun )

Afif dah kopek buah cempedak, aik sedikit ja bijinya.
Cantik bijinya, ranum memang terliur tengok.
Tengoklah biji buah cempedak kami ni
kuning emas, manisnya , enak dan sedap
bab makan cempedak saya boleh makan banyak,
tapi memakan secara sederhana baik untuk kesihatan.

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah kita jolokkan
Kami orang baru belajar
Kalaulah tersalah cakap tolonglah maafkan.

Buah cempedak yang dah masak, lepas ni akan di belah
memanjang dan santaplah family etuza pada petang
hari ahad ni. Yang x best kulit buah cempedak ada getah
susah nak buka. Dekat bibir juga ada getah melekat
kalau makan cempedak kena hati-hati jangan main masuk kat
mulut saja, sebab ada juga getah melekat di bibir.

Pandangan dekat, dari bawah batang pokok sampai ke seluruh
ranting pokok cempedak ini bergayutan buahnya. Hai! kenyanglah
anak-anak etuza santap cempedak nanti. Pokok ini indung cempedak
di kebun kami. Pokok cempedak yang baru 4 tahun juga beruah, cuma
buah cempedak jenis itu sangat besar, seolah besar nangka. Nantilah
etuza ambil gambarnya ya.
Hari ahad yang lalu(8hb11.09) etuza bawa anak-anak ke-
kebun buah2an. Nampaknya boleh makan cempedak, saya
lihat ada yang kuning tengah masak ranum. Tapi yang lain
masih keras, muda dan agak2 aalah seminggu baru masak.



Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: