Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 9 November 2009

Konsep 1 Malaysia Fahami Intipati & Yang Tersirat


Konsep 1 Malaysia: Bukan Susah DifahamiKonsep “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Abd. Razak apabila beliau dilantik ke jawatan itu 3 April lalu. Biasalah, itu tradisi Najib untuk memberikan nafas baru dalam pentadbirannya. Ketika Pak Lah dilantik menjadi Perdana Menteri dulu slogan yang dicanangnya ialah “Cemerlang, Gemilang, Terbilang”.Namun, belum pun apa-apa pembangkang nampaknya sudah mula memutar-belitkan ’slogan’ Najib itu dan mula membuat kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan masyarakat. Konsep “Satu Malaysia” dikatakan pembangkang sebagai menyamai konsep “Malaysian Malaysia” yang dibawa DAP. Hakikatnya konsep Satu Malaysia sama sekali berbeza dengan Malaysian Malaysia.Sebenarnya bukanlah susah sangat pun untuk memahami konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan Najib itu. Sekali imbas dan sekali baca saja pun kita sudah dapat menangkap maksudnya. Hanya orang yang berkepentingan dan sudah menjadi lumrah pembangkang sahaja yang mungkin sukar memahami maksud konsep itu malah turut pula mengelirukannya.Konsep Satu Malaysia menyarankan rakyat Malaysia supaya lebih patriotik dan menumpahkan taat setia, kecintaan dan manabur bakti kepada negara. Negara Malaysia adalah satu, tiada dua dan tiada tiga. Justeru, kalau rakyat Malaysia yang lahir dan membesar di Malaysia tidak cintakan dan tidak mahu menabur bakti kepada negara tercinta lagi, apa nama warganegara dan kewarganegaraan.Konsep Satu Malaysia juga menyeru semua rakyat bersatu-padu. Malaysia adalah satu. Semua rakyat dan bangsa di Malaysia perlu menganggap Malaysia adalah miliknya dan semua bangsa di Malaysia adalah rakyat Malaysia. Justeru, bersatulah untuk membangunkan Malaysia yang satu ini.Itu saja. Konsep Satu Malaysia ini sebenarnya bukan susah untuk difahami pun. Berbanding dengan konsep Cemerlang, Gemilang, Terbilang konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan rasanya lebih praktikal, prakmatik dan jelas. Ia bukan konsep yang abstrak dan susah difahami.Justeru, usahlah ada pihak-pihak yang dengan sengaja mahu mengelirukan rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang sengaja pula diputarbelitkan.

Filed Under: Artikel Blog

Tags: 1 Malaysia, Malaysian Malaysia


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: