Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 24 November 2009

Mama masak soto untuk sarapan pagi selasa & special untuk etuza family.































Salam
Ukuhuwa fillah.
Pagi tadi tepat jam 8.00 etuza family menikmati sarapan pagi dengan juadah soto yang dimasak oleh mama dan anak-anak perempuan kami, kakak bibah & azie.
Wah! special hidangan pagi hari ini hari selasa 24hb112009. Tidak tahulah apa mimpi mama siapkan kami sarapan soto kali ini. Biasa dia masak nasi goreng, kuih dan biskut saja. Kami sarapan biasanya secawan air milo atau nespray dan biskut saja. Maybe mama saja bagi kami juadah soto semasa cuti ini.
Bila makan soto tadi semua anak-anak happy sangat menjamu selera. Al maklumlah jarang mama hidangkan soto time bulan tua begini belum gaji, tiada benda nak di masak. Kelmarin rupanya mama sempat membeli bahan - bahan soto, saya hanya nampak dia beli ayam ja di hiap lee supermarket. Bila datang ke dapur siap lengkap dengan perasa soto. Bagaimanapun soto mama ini bukanlah macam soto kat restoran, ala kadar ja, best juga bila di hidangkan soto . Kepada kawan-kawan yang lain, kaum hawa atau para ibu cubalah fikirkan pula masakan special untuk keluarga anda semasa cuti, dengan harapan agar anak-anak dan seisi keluarga sentiasa ceria dan bahagia. Selamat bercuti.

Bahan-bahan soto mama & etuza family
* Mee halus, timun, taugeh, bawang sup, bawang goreng, halia, serai, kayu manis, lada, limau kasturi, kicap manis dan isi ayam yang di rebus.
* Kuah rebusan ayam dan perencah sup.

Ha! itu saja yang ada, jika anda ibu yang handal buat soto mungkin bahan-bahannya lagi lengkap. Soto kami tu masih ada yang kurang. Bulan tua bro!. Gaji belum masuk. harap harap adalah rezeki esok ya 25hbNov2009.

Bye! happy holidays.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: