Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 24 November 2009

Hikmah & Ganjaran Berzikir




Asalamualikum& salam sejahtera.

Sebagai hambaNya, kita harus sedar bahawa kehidupan di dunia ini bersifat sementara. Kita harus menerima hakikat bahawa kita sebenarnya pada setiap saat dan ketika adalah berhadapan dengan azal dan maut yang sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Marilah menyedari bahawa betapa pentingnya mengingati Allah walau di mana kita berada. Marilah bersyukur dengan segala nikmat kehidupan ini. Umur, tenaga, kesihatan, rezeki dan semua yang kita ada adalah kurnia dari Ilahi.

Pada pagi ini, syukur di panjatkan padaNya kerana saya diberi kesempatan untuk mengkongsikan kepada umum tentang hikmah dan ganjaran berzikir. Rasanya semua orang tahu betapa besar fadilat apabila kita sentiasa berzikir. Sebagai orang yang masih umpama baru dan cetek ilmu dalam keagamaan etuza merasa perlu untuk saya sendiri kukuhkan pengetahuan mengenai kelebihan berzikir agar ( insyaAllah) kita perolehi hidayah dan kasih sayang dari yang Rahman dan yang Rahim.

berzikir menurut buku Islamiah yang saya baca adalah:-

* Mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
* Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan laknatullah.
* Menyibukkan lidah supaya tiada masa untuk mengumpat atau bercakap hal yang sia-sia.
* Mendatangkan kelapangan pada hati dan kelapangan dada.
* Mewariskan kecintaan Allah pada dirinya.
* Dapat meneguhkan hati dan menguatkan iman.
* Menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hati.
* Untuk mendapatkan keredaan Allah dan RahmatNya.
* Untuk mendapatkan rezeki yang berkat.
* Akan diingati oleh Allah seperti firmanNya"Ingatlah kamu kepadaKu maka aku akan mengingatimu"
Kepada sahabat blog & kaum muslimin dan muslimah serta diri saya dan semua keluarga lihatlah betapa besar fadilat hikmah dan ganjaran Allah dengan amalan berzikir yang kita amalkan. Marilah bersama menuju ke arah taqwa kepada Allah. Semoga Allah akan sentiasa memberi perlindungan kepada kita walau di mana juga berada. Di masa cuti marilah bersama agar tidak lalai dan leka pada blog kita sendiri dan apa juga urusan lain marilah kita mengharap keredaan dari Allah. Ameen ya robbal alamin.

Doa Taubat
" Laa ilaaha illa anta subahaanaka innii kuntu minazh zhaalimiin"
Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim. ( al-Anbiya': 87)

Doa Sabar
" Rabbanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tawaffana muslimiin"
Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri kepada-Mu. ( al -A'raf: 126)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: