Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 23 November 2009

Cuti sekolah ni nak kemana lagi jika bukan urus kebun sayur dan kebun buah! boleh keluar peluh dan puas mata memandang hasil keringat.







Salam mesra semua.

Berbudi kepada tanah, baik untuk kesihatan dan stamina.
Inilah beberapa gambar kebun sayur etuza dan mama depan rumah saja tau!, masa cuti sudah bermula, insyaAllah ada masa untuk urus kebun kecil-kecilan ini. Kalau ada hasil boleh jimat dan dapat juga memberi kepada kawan-kawan terdekat khususnya keluarga saya. Kalau berbuah tidak dapat habiskan, nak jual berapa sangat dapat, elok kita bersedekah.

Buah-buahan juga semua berbuah, cempedak, langsat, rambutan dan limau semua ada. Minggu lalu dan kelmarin datang saudara ipar dari Taman Jutaya 2 Keningau iaitu ipar saya Johari Laji dan juga anak buah mama iaitu Razal & kawan-kawannya dari Kauran datang ziarah kami, mereka dapatlah tapau rambutan dan cempedak. Ops! langsat harap sabar ya belum masak ranum. Kata mentua etuza tunggu hingga masak betul-betul baru petik langsat tu.


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: