Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 24 November 2009

Asal - Usul Sembahyang ( Fardhu Subuh)-1



Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Etuza terasa begitu merasa senang hati untuk kongsikan kepada anda satu maklumat yang saya sendiri baru tahu pada petang tadi. Saya telah membaca mengenai asal-usul sembahyang subuh, menerusi sebuah buku islamiah milik saya.
Saya tahu ramai yang telah mengetahui pengetahuan ini, dan ramai lagi yang lebih dalam ilmu dari apa yang saya tahu hari ini. Cuma catatan ini mungkin lebih kepada dairi etuza untuk tatapan anak-anak di masa akan datang. Sekalipun ada orang lain yang merasa gembira tentang catatan saya ini, saya pulangkan kepada Allah untuk rasa kesykuran saya.
Tentang solat, pada abad nabi Muhammad s.a.w dinyatakan bahawa pada masa israk mikraz, Nabi secara ulang alik meminta agar solat dikurangkan hingga 5 waktu sahaja. Solat sebelum nabi Muhammad juga sebenarnya telah dimulakan. Solat 5 waktu yang diaarkan oleh Nabi Muhammad dan merupakan perkara wajib lebih jelas dengan kiraan 5 waktu sesuai dengan kita sebagai pengikut Nabi Muhammad akhir zaman.

Salah satu solat itu ialah SUBUH. Orang yang PERTAMA mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu takala ia keluar dari syurga lalu dihantar ke Bumi. Perkara yang pertama menakutkan dan dilihat oleh Nabi Adam ialah kegelapan yang amat sangat, maka Nabi Adam amat takut. Apabila fajar subuh telah keluar Nabi Adampun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur Nabi Adam kerana terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua : Nabi Adam bersyukur kerana siang telah menjelma.

Lihatlah kebesaran Allah dengan memberi cahaya terang kepada Nabi Adam. Allah telah mengampuni dosa nabi Adam dengan cara turun ke Bumi, namun kasih sayang Allah pada Nabi Adam masih begitu jelas dengan tidak membiarkan Nabi Adam melarat di Bumi. Marilah kita semua mensyukuri nikmat Allah dan saya nasihatkan diri saya sendiri juga kepada seluruh umat Muhammad kita tunaikan solat lima waktu. Tunaikan sola subuh dan berdoalah agar kita dijauhi sikap riak an sombong.

Salam 1 Malaysia & see U


Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: