Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 20 November 2009

Kenangan etuza bersama guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau & Lawatan IPGM Keningau ke SKPK































Salam sejahtera.
Ha inilah beberapa keping gambar menjadi kenangan etuza bersama kawan-kawan setugas dan guru pelatih dari IPGM Kampus Keningau pada 13hb nov.2009. Mereka membuat lawatan dan makro teaching di kelas 4 Bijak. Ramai juga mereka datang ke SKPK. Masa itu juga SKPK tengah sibuk mengadakan majlis PGM 1 Malaysia yang telah dirasmikan oleh En. Mathius Manang dari Pejabat Pelajaran Daerah Keningau. Dalam kesempatan itu mereka meminta agar sesi bergambar bersama beberapa guru diadakan di kawasan padang sekolah. Ha tengoklah tu padng sekolah kami agak gersang ya, berbatu pasir.
Selain etuza dan guru lain anak saya azie dan intan juga sempat pose bersama dua orang guru pelatih dari IPGM ini. Etuza sempat memerhati bahawa guru pelatih wanita mendominasi dari guru pelatih lelaki, maksud saya wanita lebih ramai dari lelaki. Harap-harap lelaki akan bersaing dengan para wanita di dalam bidang pendidikan, mungkin minat para lelaki dalam bidang pendidikan agak kurang ataukah kebanyakan lelaki tidak layak semasa ditemuduga untuk memasuki profesion keguruan ini. Bagi etuza, sejak dari bangk sekolah menengah minat dan suka pada kerjaya guru tersemai, mengapa dekad ini para lelaki agak kurang dalam bidang ini, saya merasakan kepincangan berlaku apabila ramai guru wanita di sesebuah sekolah. Kadangkala kerja-kerja kesukanan dan keja-kera yang melibatkan tenaga tinggi sesuatu usaha pihak sekolah akan tergendala apabila sesebuah sekolah itu kurang guru lelaki. Kepada lelaki seperti etuza jemputlah ke bidang guru ya..manatau anda di posting di SKPK tempat etuza bertugas kurang lelaki wooo!!!.

Salam 1 Malaysia see U

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: