Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Jumaat, 20 November 2009

Azie = UPSR ( 3 A 2 B) Inilah saja termampu olehnya. Apapun SYUKUR pada Allah & Congratulations!


Azie friends, all the best! semua lulus UPSR.
Salam sejahtera.

Hai apa khabar semua. Etuza kali ini hendak kongsikan kegembiraan saya kepada umum, bukanlah yang terbaik tetapi setakat itulah kemampuannya maka WAJIB keluarga etuza mensyukuri hal ini kepada ALLAH yang kuasa. Intan Liyana Samuin UPSR 5 A. Rekod di SKPK tempat saya kerja. Anak kami Azie UPSR setakat 3 A 2 B. BI dia B dan SN B.
Mulanya selaku ibubapa saya agak terkejut kerana anak kami azie dijangka mendapat A sains, kerana saya selaku bapa dia juga guru science (PPSMI). Namun saya pulangkan kepada yang lebih berkuasa yakni Allah yang maha besar bahawa kami sangat bersyukur atas kejayaan anak kami azie dalam UPSR. InsyaAllah dia akan saya hantar ke sekolah Menengah Agama Mohammad Ali Ranau, tempat kakak dan abang dia bersekolah. Inilah cara saya memberi pendidikan agama kepada semua anak-anak kami. Saya mualaf jadi tiada ilmu agama yang mendalam untuk diberi kepada mereka selain dengan cara hantar ke sekolah berasrama penuh aliran agama di daerah Ranau. Harap azie berjaya dalam permohonannya itu.
Kepada saudara-saudara daging etuza, syukurilah apa yang kita dapat ini. Biarpun tinggi harapan nak dapat 5 A nampaknya itulah kemampuannya. Terima kasih ya Allah. Sesungguhnya inilah bentuk kasihMu pada kami umat Muhammad.

Salam 1 Malaysia see U

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: