Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Khamis, 19 November 2009

Hujung minggu giliran etuza memasak. Bukan mudah menjadi ibu kepada anak-anak



Asalamualaikum. Nak tahu inilah antara masakan sayur kampung yang etuza masa di hujung minggu. Hehe lucu..sedap juga tau. Bahan-bahannya malu nak bagitaulah.Cukup gambar ya.













Siap dengan koropok ikan sekali saya masak pada petang sabtu lalu. Masa ini isteri saya di UMS Kota Kinabalu, koropok tu di makan selepas anak-anak etuza makan nasi dan lauk.

Sayur jenis kacang itu, anak-anak saya tak suka makan, saya dah usaha masak campur dengan buah jagung muda dan tumiskan tetapi anak-anak tetap tak selera makan.

Tiap hujung minggu memang komperm giliran saya memasak, dan membaut kerja-kerja rumah. Mengharap anak gadis saya yang berusia 12 tahun, hai apalah sangat dia dapat buat, setakat cuci pinggan manggkuk, gelas dan bersihkan meja makan itu saja kerja yang mampu dia buat.
Mak saya pesan anak perempuan jangan di manjakan sangat. Bagi dia ajar buat kerja-kerja rumah esok bila dah besar dia boleh buat kerja-kerja rumah. Sementara mama dia tiada di rumah, inilah masa kamu mengajar anak-anak membantu buat kerja rumah, menyapu ke dan apa-apalah yang boleh mereka bantu. Inilah pesan mak saya pada saya bila saya melawat mak di kampung sebelah tu.
Bukan nak manjakan anak-anak, ada jugalah kerja anak perempuan kami tu seperti melipat kain, mandikan adik, sapu rumah, cuci kasut adik2nya dan menyiram bunga2an kami di laman. Bila selalu suruh tu, ada pula rasa kasihan. Ha itulah sebab, tengoklah masakan etuza yang sebenar, masakan kampung kebetulan anak-anak saya suka makan pucuk ubi dengan cara tumis campur taugih dan ikan bilis masak santan. Selain itu saya masakkan mereka telur pecah goreng, yang lucunya saya tiba-tiba saja nak masak buah betik muda tumis campur sardin. Hehe lucu betul, inilah sayur yang selalu mak saya bagi kami makan suatu masa dulu, selain sayur kangkung dan pucuk ubi. Wah! anak bongsu saya puteri aliyah punyalah berselera makan sayur pucuk ubi saya tu. Habis sepinggan nasi dia makan sendiri, biasanya dia minta mama suapkan..anak manja katakan. Malam sabtu yang lalu langsung dia tak meragam. Kepada teman blogger cubalah lihat masakan etuza di petang sabtu minggu lalu untuk anak-anak tersayang. Komen lah katalah apa sahaja saya terima. Bagilah pesan atau pendapat anda bila kaum lelaki turun ke dapur memasak dan bagilah tips apa nak buat. Ok ke?

Salam 1 Malaysia see U.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: