Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 17 November 2009

Debaran menanti UPSR esok

UPSR aku lalui..
Bersama tekad dan harapan
Membara di dalam kalbu
Hakikat bahawa aku kini
Akan menerima sebuah kenyataan
Yang pasti tidak dapatku ubahi lagi
Kata putus dan takdirku

UPSR esok
Semuanya akan terhurai
Terjawab segala teka teki
Bahawa di antara dua darjat
Akan ku pegang menjadi dagingku
Akan ku kutip menjadi layar hidupku

UPSR kiranya esok
Memihak padaku
Maka akulah hamba Allah
Yang musafir di Bumi nyata
Akan kesekian kali
Bersyukur pada kelazatan
Kemanisan dan kemurnian
Bersatu dalam benak hati
Kerana aku berjaya juga
Akhirnya dalam
Peperiksaan UPSR 2009

Kepada : Azie puteriku, bapa sentiasa berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang UPSR nanti. Esok akan menjawab semua persoalan itu, saya pasti ibubapa yang lain di luar sana juga tertunggu2 keputusan UPSR 2009. Cuma satu hasrat ku, kiranya diizikan olehMu ya Allah berilah peluang kepada anak ku ini agar dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dengan menggengam keputusan UPSR yang terbaik untuk dirinya. Ameen.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: