Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Selasa, 17 November 2009

Bengkel penyelarasan PSS dan pelaporan NILAM sesi oktober 2009 di PKG Keningau



Salam sejahtera.

Pada hari ini bersamaan 17hb 11.2009 bersamaan hari selasa dan minggu terakhir sesi persekolahan semester 2 2009, saya menghadiri satu bengkel penyelarasan dan pengurusan PSS sekolah 2009-2010 yang di anjurkan oleh PKG Keningau. Penceramah yang tidak asing lagi iaitu En. Mustafa Malisin Pegawai PKG Keningau adalah antara penceramah pada bengkel tersebut.
Antara lain ceramah beliau ialah, bagaimana memantapkan pengurusan PSS, kepentingan NILAM, aspek penilaian PSS yang cemerlang dan faedah pembinaan blog atau laman web pada sesebuah sekolah atau blog untuk diri sendiri.
Bengkel dijalankan seawal lebih kurang jam 9.00 pagi. Tiga kumpulan yang telah dibentuk di arah untuk membincangkan soalan dan bentangkan. Pembentangan telah disempurnakan oleh 3 orang rakan sekursus tepat jam 11.50 pagi. Syabas dan tahniah kepada En. Musafa Malisin dan krewnya kerana berjaya mengendalikan kursus setengahari ini.

En. Mustafa Malisin memang penceramah yang ceria
dan kaya dengan informasi tentang pengurusan PSS.

En. Mustafa Malisin tersenyum dan Cg. Helina pembentang
kumpulan 1.
Pembentangan kumpulan ke 2

Cg. Sahrizan kumpulan 3 membentangkan hasil kerja

En. Raydimon Omar turut menyaksikan pembentangan
setiap kumpulan.
etuza antara peserta kursus berbaju merah.

Kumpulan 1 bengkel tajuk 1

Kumpulan 2 bengkel tajuk 2

Kumpulan bengkel 3 tajuk 3

Bersedia membentang Cg. Sahrian dari SK. Petikang Laut.
Cg. Lee juga peserta kursus.

Best juga hadir berkursus dapat jumpa ramai kawan dan at least kita dapat menimba ilmu baru atau kita dapat revision semula tentang apa yang kita pelajari suatu masa dahulu.

Salam 1 Malaysia. See U.

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: