Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Isnin, 16 November 2009

SK. Penagatan Mencipta Satu Sejarah dan Record Di Daerah Keningau Apabila Sekolah Yang Pertama Adakan Majlis Rasmi PGM 1 Malaysia.

Asalamualaikum salam sejahtera , 1 Keningau,1 Sabah 1Malaysia.

Inilah memori indah yang sempat etuza kongsikan sempena MAJLIS PERASMIAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 1 MALAYSIA di SKPK pada 13hb 11.2009 ( Jumaat). Gambar yang tidak tersiar dalam blog etuza ini harap dapat memaafkan saya. Saya berharap anda semua tidak berkecil hati. Lihatlah beberapa kemeriahan Majlis PGM 1 Malaysia di SKPK.

Bolg ETUZA hehe! saya poselah untuk korang semua.
Bukan apa..bergambar bersama bunga2an ja ba.
Pn. Ahini Haisin salah seorang krew hiasan pentas
dan dewan. Aik! ambil gambar saya juga..hehe!
Terima kasih krew penghias pentas hebat.

Tiga orang murid yang menggondol kemenangan banyak
kategori sempena PGM 1 Malaysia di SKPK.Tahniah!
Penerima hadiah terbaik membaca tahap 1 Ibnu Mustaqim Mohd Zali
Pemeriksa lukisan mengabadikan kenangan bersama
pemenang.
Tempat 1, 2 dan 3 terbaik poster 1 Malaysia tanpa dadah
Intan( 3 ) Belly ( 2) dan Nurhaziemah Md. Zali ( Johan)
Paparan slideshow oleh usr dan persembahan pembaca BI
terbaik Macjunior Marcellus. Tahniah!
Nyanyian ramai-ramai satu dewan one Malaysia

Persembahan paling baik dari murid PraSekolah
Hebat budak ini, anak Malaysia
Ha inilah pelaporan dari SKPK terus diserahkan pada masa
majlis perasmian kepada En. Mathius Manang.
Menandatangani perasmian dan penyerahan pelaporan
PGM 1 Malaysia peringkat SKPK
En. Mathius Manang sedang berucap & merasmikan majlis
PGM 1 Malaysia di SKPK
Pengerusi PGM 1 Malaysia Pn. Helina Lawrance berucap
Susah ke mengadil ? hehe barisan pengadi membaca tahap 1
Sesi bacaan doa pembuka tirai majlis rasmi PGM 1 Malaysia
pada 13hb11.2009 oleh ustaz Salleh hudin Rusinin.
Juruacara Majlis terpegun seketika
Barisan pengadil membaca tahap 2 bersama penyelaras ( GPM)
Mini pentas membaca & bercerita sedang dihias cantik.
Bunga2an itu milik etuza. Segar mata memandang bila
ada bunga2an di dalam pasu.
Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Inilah pentas majlis perasmian Majlis PGM 1 Malaysia di SKPK. Reka bentuk pentas ini diilhamkan oleh Pn. Haryati Suhaili, Pn. Salbiah Nadzim Dan Pn. Ahini Haisin. Bolehlah kita puji hasil kerja guru-guru wanita SKPK.

Secara ringkas Majlis Perasmian PGM 1 Malaysia di SKPK di adakan ekoran pihak PPD mahu agar tiap sekolah mesti menghantar pelaporan aktiviti-aktiviti pengisian yang telah dijalankan oleh sekolah dalam memberi sokongan padu kepada idea Perdana Menteri kita YAB Tan Sri Najib Tun Razak. 1 Malaysia rakyat di dahulukan dan pencapaian diutamakan satu idea yang mengajak 1 Malaysia bersatu padu dan saling bekerjasama serta perpaduan di pupuk menerusi pelbagai aktiviti yang melibatkan semua kaum atau semua lapisan umur murid di sekolah rendah atau menengah.

Majlis ini di adakan pada 13hb 11.2009 ( Jumaat) antara yang menarik pengisian program ini ialah:-
1. Pertandingan membaca BM, BI dan BKD tahap 1 & 2
2. Mewarna poster 1 Malaysia tanpa dadah tahap 1
3. Melukis poster 1 Malaysia tanpa dadah tahap 2
4. Bercerita BM tahap 1 & 2
5. Pertandingan penulisan esei tahun 6 bertajuk 1 Malaysia.
6. Pembacaan teks 1 Malaysia di perhimpunan.
7. Kemuncak satu Majlis Perasmian PGM 1 Malaysia di anjurkan pada hari jumaat lalu.

En. Mathius Manang telah datang merasmikan majlis ini dan menyatakan kegembiraan dan bangga dengan pencapaian SK. Penagatan kerana sekolah yang pertama mengadakan majlis sambutan PGM 1 Malaysia. Namun En. Mathius Manang memberi satu cabaran untuk SKPK capai iaitu beliau mahu ada di kalangan murid SK.Penagatan muncul peserta terbaik Program NILAM peringkat daerah pada suatu masa kelak serta mencapai kejayaan di peringkat Negeri dan Kebangsaan. Mampukan SKPK menyahut cabaran tersebut. Apapun kita warga skpk sambut cabaran itu dalam masa terdekat. Semoga cabaran ini mampu membakar semangat staff SKPK.





Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: