Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 28 November 2009

Aku takut ada sifat takbur dalam blog etuza ini.

Asalamualaikum








Ya Allah yang maha agung
Maha mengetahui segala yang tersembunyi
Maha tahu semua di hadapan kehidupanku
Tentang apa ada dalam semua ruang hidupku
Sebagai hambaMu yang lemah

Ya Allah
Terlalu aku leka dan lalai
Terlalu aku takut pada azab nerakaMu
Tapi tetap ada juga sikap egoku
Ada juga melafazkan kata nista
Menodai jiwaku sendiri

Ya Allah
Terlanjur kini aku diarena blogger
Menghulur tinta yang aku tahu
Atas dasar ikhlas ingin berkongsi
Menyatakan pandangan dan perkongsian
Jika adanya demikian
Kesyukuran aku panjatkan padaMu

Ya Allah
Lihatlah laman maya etuza ini
Banyak warna-warna menghias kiri dan kanan
Ada slide photo kenangan konon untuk kami
Tampal mutiara indah panduan dan suluh hidup
Ada coretan yang pelbagai information
Bertujuan memberitahu dan peringatan kita semua

Ya Allah
Bukan niat berlagak pada tetamu lain
Sekadar berkongsi realiti etuza warna kehidupan
Ya Allah
Ada rasa kepuasan terhasilnya laman ini
Ada kesyukuran yang tiada terperi
Semuanya atas dasar akal yang Engkau berikan
Atas dasar line internet
Dan tecnlogi yang menyerap halus
Segalanya hasrat tertunai

Ya Allah
Adakah jelas etuza riak
Jika citarasa laman ini berwajah 3 colum
Kini sarat dengan pelbagai warna
Penghias dan sumbar maklumat khusus juga untukku

Kepada teman blogger
Adakah engkau menilai
Ada riak dan takbur dalam blog etuza ini
Katakanlah wahai sahabatku
Katakanlah bahawa aku ada riak
dan takbur
Kerana menampal pelbagai warna kehidupan
Kiri dan kanan atas dan bawah menggunakan kod html

Ya Allah
Engkau berpesan pada kami hambaMu
Biar sehalus debupun rasa riak manusia itu
Tetap mengundang dosa pada jiwa kita
Azab pedih melingkari diri

Ya Allah
KepadaMu ku pulangkan segala emosi ini
Berilah ketenangan dalam kamus hidupku
Agar aku sentiasa berfikiran positif
memandang ke hadapan dalam menjaga
Tutur kata, perbuatan dan keperibadianku
Hanya kepadaMu kami bertanya
Agar ummatmu jauh dari api neraka.

Karya etuza ( keinsafan & rasa takut)

Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

1 Pesona Kata Hati Mereka:

Kamsiah yusoff berkata...

saling tegur menegur..ingat mengingati..semoga kita tak terleka dgn duniawi..