Halaman


 Banner

❤Detik Detik Indah Dalam Hidupku❤

Sabtu, 28 November 2009

Fadhilat Bulan Zulhijjah & mari kita hayati bersama.



Salam sejahtera.
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah. Kelebihan berpuasa hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., Rasullulah s.a.w bersabda maksudnya;

1. Tanggal 1 Zulhijjah

Kesalahan Nabi Adam di ampuni Allah, barang siapa berpuasa hari itu, diampuni akan Allah dosanya.

2. Tanggal 2 Zulhijjah.

Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah barang siapa berpuasa pad hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikitpun.

3. Tanggal 3 Zulhijjah.

doa nabi Zakaria diperkenakan Allah, diperkenakan Allah segala doanya.

4.Tanggal 4zulhijjah.

Nabi isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia dari kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.

5. Tanggal 5 zulhijjah.

Nabi musa a.s. dillahiran, barang siapa perpuasa pada hari itu terlepas ia dari sifat munafik serta dari seksa kubur.

6. tanggal 6 zulhijjah.

Allah membukakan pintu kebajikan kepada nabi-nabinya, barang siapa berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas dari azab.

7. Tanggal 7 zullhijah, Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibuka 30 pintu kesenengan.

8. Tanggal 8 zulhijjah.

Nabi ibrahim bermimpi mendapat perintah Allah supaya menyembelih putranya ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya daripada Allah atau dari syaitan . Hari itu telah dinamakan dengan hari "Tarwiya"(hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu dia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah sendiri yang mengetahui.

9. Tanggal 9 zulhijjah.

Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w yang tersebut dalam surah Al-ma i'dah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat itu diturunkan iaitu pada hari jumaat tanggal 9 zulhijjah tahun 9 H ketika nabi Wukuf di arfah, baginda pun wafat. pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah darinya bukan dari syaitan justru itu hari itu dinamakan dengan hari "Arfah (hari tahu). Siapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Terima Kasih Anda Selesai Membaca n3 Ini

0 Pesona Kata Hati Mereka: